seismik

'Bukan Sekadar Lafaz 2' Sentuh Isu Tabu, Bila Suami Tak Subur Isteri Juga Yang Disalahkan?

Inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita sebenarnya.

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah bersiaran selama 10 episod, drama Akasia Bukan Sekadar Lafaz 2 makin panas dengan isu realiti yang dekat dengan masyarakat, namun jarang dibincangkan secara terbuka

Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Alif Satar, Wanna Ali, Isyariana, Ahmad Idham, dan ramai lagi, drama ini mengisahkan dilema Hud, lakonan Alif Satar yang dipercayai mengalami masalah kemandulan dan menyebabkan dia dan isterinya masih belum dikurniakan zuriat.

Disebabkan itu, rumah tangga mereka mula bergolak, ditambah pula dengan kehadiran orang ketiga yang mengeruhkan lagi keadaan.

Salah satu persoalan besar yang dibangkitkan dalam drama ini adalah bagaimana masyarakat sering meletakkan beban soal zuriat di bahu wanita.

Apabila pasangan masih belum dikurniakan anak, selalunya si isteri yang akan ditanya dan dipersalahkan terlebih dahulu. Tapi kenapa pandangan ini masih berakar dalam masyarakat?

Hakikatnya, masalah kesuburan boleh berlaku kepada kedua-dua pihak. Namun bagi lelaki, adakah benar kelelakian mereka boleh 'terancam' jika perlu menjalani rawatan?

Dan sejauh mana ego dan rasa malu menjadi penghalang untuk mereka menerima kenyataan serta mencari penyelesaian bersama?

Keadaan menjadi lebih tegang apabila keluarga mula masuk campur dengan pelbagai pendapat. Ada yang memberi sokongan, namun tak kurang juga yang sekadar melemparkan kata-kata tanpa memikirkan kesannya. Seperti dalam salah satu babak drama ini - "Susah sangat, kahwin lain je!"

Bayangkan jika ini berlaku dalam kehidupan sebenar, apa langkah terbaik yang patut diambil?

Bagaimana kesudahan kisah Hud dan Syikin? Mampukah mereka mengharungi cabaran ini, atau adakah rumah tangga mereka akan terus retak?

Image via TV3 Malaysia

Jangan lupa ikuti perkembangan drama ini di semua platform media sosial TV3 di @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat @dramasangat!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: