seismik

Anak Kecil Pakai Jersi Beg Plastik Messi Akan Bertemu Idola Pujaannya. Impian Terlaksana!

Terima kasih kepada Twitter!

Cover image via aff.org.af

Januari lalu, sekeping gambar menunjukkan seorang anak kecil memakai beg plastik berwarna biru dan putih dengan tulisan 'Messi 10' menjadi viral di seluruh dunia

Image via telegraph.co.uk

Imej kanak-kanak memakai jersi pasukan atau pemain kegemaran mereka sudah menjadi satu kebiasaan pada zaman sekarang. Masing-masing mahu menjadi mirip seperti idola mereka ketika beraksi di atas padang.

Tetapi berbeza pula situasinya bagi seorang anak kecil ini. Beliau mempunyai gaya fesyennya tersendiri iaitu mengenakan satu beg plastik berwarna biru dan putih dengan perkataan 'Messi 10' di belakang. Ia nampak sama seperti jersi pasukan Argentina yang diwakili Messi.

Image via peru.com

Pada mulanya, anak kecil ini dikatakan berasal dari kawasan perang di Dahuk, Iraq dan tidak mampu untuk memiliki walau sehelai pun jersi

Fanatik, laman web sukan Turki berkata: "Seorang anak kecil di Iraq membuat baju Lionel Messi daripada beg plastik."

Blog bola sepak bahasa Sepanyol, Juez Central kemudian tweet: "Gambar menakjubkan. Seorang kanak-kanak di Iraq berjaya bermain bola menggunakan jersi idolanya. Permainan Indah."

Gambar anak kecil ini begitu menyentuh hati orang ramai sehingga satu kempen telah dilancarkan bagi menjejaki beliau di setiap pelusuk.

Laman Twitter @messi10stats yang mempunyai pengikut seramai lebih 700 ribu turut bercakap mengenai anak kecil ini.

Laman itu yang dikatakan mempunyai hubungan dalaman dengan wakil-wakil dari kelab bola sepak Barcelona berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai anak kecil ini supaya mereka boleh aturkan sesuatu yang istimewa untuknya.

Tweet ini segera tersebar luas dengan jumlah Retweets sebanyak 7,600 kali dan berjaya mengumpul sebanyak 4,074 Likes.

Setelah tersebar, akhirnya jumpa!

Anak kecil ini dikenal pasti sebagai Murtaza Ahmadi dari Jaghori, Afghanistan yang baru saja berusia lima tahun. Sekarang, dia akan mendapat peluang untuk bertemu dengan Messi!

Beberapa hari lalu, Persekutuan Bola Sepak Afghanistan (Afghanistan Football Federation) mengesahkan berita mengenai pertemuan epik diantara Lionel Messi dengan anak kecil ini.

Sumber berkata, "Persekutuan Bola Sepak Afghanistan menganggap ia sebagai tanggungjawab untuk membuka jalan dan menyediakan tempat bagi pertemuan Messi dengan Murtaza.

"Pihak kami telah menghubungi Lionel Messi, dan tidak lama lagi pertemuan tersebut akan menjadi kenyataan."

Image via aff.org.af

Kisah adik Murtaza ini benar-benar sedih dan mengharukan pada masa yang sama

Bapa Murtaza, Arif Ahmadi (tiga dari kanan).

Image via cnn.com

Bapa kanak-kanak itu, Arif Ahmadi, tidak mampu untuk membeli jersi Messi sebenar untuk anaknya. Oleh itu, abang kepada Murtaza membuatkan satu jersi daripada beg plastik.

"Kadang-kadang bila dia tiba-tiba terjaga di tengah-tengah malam, dia menangis kerana mahu bertemu Messi," kata Arif.

Lionel Messi's Biggest Fan is in Afghanistan

A photo of an unnamed little boy wearing a homemade Lionel Messi jersey went viral and the internet helped track him down.(Footage courtesy RFE/RL).

Posted by AJ+ on Sunday, January 31, 2016

Semoga impian menjadi pemain bola sepak profesional akan terlaksana wahai adik Murtaza Ahmadi :')

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tiada apa yang mustahil kan?

You may be interested in: