seismik

Budak 6 Tahun Ini Buat Kejutan Untuk Ibu, Beli Cincin Emas Guna Duit Tabung Hari Jadi

Kecil-kecil lagi dah sweet!

Cover image via Sumarnie Edison (Facebook)

Siapa je tak suka dengan 'kejutan'? Lebih-lebih lagi daripada orang yang kita sayang. Tentunya ia memberikan kenangan yang manis sekali.

Jasa ibu bapa mungkin tidak boleh dibalas oleh anak-anak kerana pengorbanan mereka yang menjaga dan membesarkan kita.

Tetapi, sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai mereka.

Seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang dikenali sebagai Afiq telah membuat kejutan buat ibunya dengan menghadiahkan cincin emas.

Tak sangka anak betul-betul serius nak beli cincin emas

Menerusi perkongsian di Facebook, ibunya sangat tidak menyangka bahawa anak lelakinya itu tekad untuk membeli hadiah tersebut.

Menceritakan kisah manis itu wanita berkenaan memberitahu pada mulanya Afiq dibawa oleh suaminya ke kedai gunting rambut dan kebetulan si kecil itu ternampak kedai emas yang tidak jauh dari situ.

Afiq kemudian mengajak bapanya untuk masuk ke kedai berkenaan dan membeli sebuah cincin untuk ibunya.

Beli cincin guna duit hasil daripada tabung hari jadi

Daripada posting tersebut kelihatan Afiq memegang duit berpuluh-puluh kepil RM5 yang diterimanya semasa hari jadinya yang lalu.

Dengan hasil duit tabung itu, Afiq membuat keputusan untuk menghadiahkan ibunya sebentuk cincin emas sebagai tanda menghargainya.

Menerusi screenshot perbualan WhatsApp, suami wanita berkenaan telah memberitahu tentang hasrat anak mereka yang ingin membeli cincin emas tersebut.

Tambahnya, bajet mereka adalah RM300 dan anaknya telah memilih sebentuk cincin emas yang berharga RM260.

Cincin yang dibeli tak muat tapi masih menghargai pemberian anak

Walaupun cincin pemberian anaknya itu muat-muat saja dijari, tetapi wanita berkenaan tetap menghargai hadiah yang diberikan itu.

Sehingga kini posting berkenaan telah mendapat 3.8k likes dan 8.2k shares di laman sosial Facebook.

Tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen memuji tindakan kanak-kanak itu kerana pandai menghargai jasa ibunya

Comelnya adik ni, semoga besar nanti dapat membanggakan ibu bapa :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: