seismik

Budak 5 Tahun Tunjuk Kehebatan, Mampu Selesaikan Kiraan Tepat Tanpa Guna Kalkulator

Hebat awak dik.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang budak lelaki di Johor Bahru mencuri tumpuan selepas mampu menjawab kira-kira 10 soalan matematik dengan tepat tanpa menggunakan kalkulator

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan juga mampu menyelsaikan pengiraan itu tidak kurang daripada 60 saat.

Malah, keistimewaan Uwais Mohammad Zulqarnain yang bukan saja berjaya membuat pengiraan darab satu angka malah boleh membaca huruf Sepanyol, Russia dan Jawi.

Anak sudah mampu menguasai matematik sejak berusia empat tahun

Menerusi laporan daripada Berita Harian, ibu kanak-kanak berkenaan, Surya Syafiqah A Rahim, berkata sejak berusia empat tahun.

Anak lelaki sulungnya daripada dua beradik itu dapat menguasai matematik secara berperingkat apabila boleh membuat pengiraan tambahan, tolak dan darab.

Bukan itu sahaja, Surya Syafiqah juga memberitahu Uwais juga boleh membuat pengiraan ratusan hingga trilion.

Menurutnya, Uwais juga boleh membuat pengiraan kuasa dan punca kuasa.

Tidak dinafikan kebolehan dan keistimewaan Uwais adalah hasil kesungguhannya dan suami, Mohammad Zulqarnain Alan Zamirza, yang merupakan jurutera sentiasa berusaha memupuk minat anaknya dalam akademik.

Image via Berita Harian

Belajar pelbagai bahasa dalam talian

Tambah Surya Syafiqah, mereka sentiasa mendedahkan permainan pengiraan kepada Uwais selain membawa Uwais ke kedai buku dan teman saya membaca.

"Kami juga menghantarnya ke kelas membaca dan pertuturan di bandar raya ini.

"Dia memang berminat untuk belajar pelbagai bahasa termasuk bahasa Sepanyol dan Russia, dia belajar sendiri dengan mengakses sumber pembelajaran dalam talian dengan pemantauan saya dan suami.

"Berbanding bermain permainan video di telefon bimbit, Uwais lebih gemar belajar sesuatu yang baharu," katanya.

Menurutnya, sepatutnya Uwais mengikuti kelas matematik kanak-kanak lima tahun namun kini dia dimasukkan ke kelas kanak-kanak enam tahun.

"Selalunya dia jawab satu soalan matematik untuk darab satu angka antara 3 hingga 5 saat.

"Selalunya saya akan memberikannya 20 soalan, kemudian berehat sekejap, namun dia tidak pernah bosan sebaliknya mahu mencuba lebih banyak soalan," katanya.

Uwais pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat sekolah termasuk murid cemerlang dan anugerah matematik.

"Selain pendedahan kami lakukan, pemakanan Uwais juga banyak mempengaruhi kekuatan mindanya kerana dia gemar mengambil sayuran seperti brokoli, timun, lobak merah, tomato selain buah-buahan dalam menu harian.

"Kami berharap perkembangan aritmetik anak semakin meningkat selain dapat meningkatkan penguasaan ilmu matematik dan bahasa," katanya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: