seismik

"Sakit Ibu" - Budak 12 Tahun Rogol Anak Asuhan Ibu Berusia 4 Tahun Sebanyak 3 Kali

Suspek dipercayai telah melakukan perbuatan ini terhadap mangsa sejak awal Ramadan lalu.

Cover image via Google

Budak lelaki berusia 12 tahun dikatakan telah ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai merogol kanak-kanak perempuan yang diasuh oleh ibunya

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malaysia Stylo

Kanak-kanak tersebut berusia 4 tahun yang dijaga oleh ibunya di rumah mereka di Batu Gajah, Perak. Budak lelaki yang merupakan suspek baru berusia 12 tahun itu dikatakan telah melakukan perbuatan yang jijik itu sebanyak tiga kali sejak awal bulan Ramadan lalu.

Menurut laporan, ibu suspek mengambil upah mengasuh seramai 8 kanak-kanak berusia 2 hingga 11 tahun dan mangsa merupakan salah satu anak asuhannya.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah iaitu Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata bahawa siasatan awal pihak polis mendapati mangsa sudah mula dihantar ke rumah pengasuh sejak Oktober 2017 hingga kini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Suara Perak

Kejadian tersebut terbongkar pada hari Khamis lalu sejurus mangsa mengadu sakit pada bahagian kemaluannya dan turut memberitahu bahawa suspek telah membuka seluar dan memegang kemaluannya.

"Sakit ibu..." - Berikut merupakan luahan perasaan mangsa setelah dipegang kemaluan oleh suspek. Namun, mangsa gagal untuk menceritakan bagaimana kejadian tersebut berlaku.

Paling parah, kejadian juga dipercayai telah berlaku bukan hanya sekali, tapi tiga kali. Kali pertama merupakan pada awal bulan Ramadan, kali kedua pada 31 Mei dan kali terakhir pada 17 Jun yang lalu.

Pihak polis menjelaskan bahawa pemeriksaan perubatan telahpun dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan turut mendapati terdapat kesan koyakan pada pelbagai posisi sehingga menyebabkan selaput dara mangsa telah pecah.

“Terdapat kesan kemerahan pada bahagian ‘introitus’ dan kawasan dubur mangsa disyaki berlaku kemasukan dalam kemaluan mangsa oleh objek tumpul.Kesan itu tidak dapat dipastikan kesan lama atau baru kerana kejadian sudah tiga kali berlaku.”
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri

Selepas siasatan, pihak polis mendapati punca suspek melakukan perbuatan kerana terangsang melihat video di dalam telefon

Suspek kini direman selama 4 hari bermula hari ini sehingga Jumaat. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Semoga dijauhkan...

You may be interested in: