seismik

Buat Video Parodi Gonjiam Haunted Asylum, Gelagat Sekumpulan Pelajar Ini Bikin Dekah Ramai

Mereka buat rumusan filem ini pula.

Cover image via @cutieziqs (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik

Gonjiam: Haunted Asylum merupakan filem seram box office dari Korea Selatan yang menjadi fenomena sejak diterbitkan pada tahun 2018

Filem ini dikatakan diangkat dari kisah benar berkaitan Hospital Sakit Jiwa Gonjiam di Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan yang ditutup pada 1996.

Baru-baru ini tular dalam sebuah video, apabila gelagat sekumpulan pelajar di hostel telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Buat video parodi babak seram dalam filem Gonjiam: Haunted Asylum

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cutieziqs, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang membuat parodi berdasarkan filem ini di hostel universiti.

Mereka melakonkan semula adegan-adegan dalam filem berkenaan dan menyimpulkan keseluruhan plot dalam video berdurasi 54 saat ini.

Bukan itu sahaja, mereka juga menggunakan filter mata berwarna hitam dan juga prop-prop yang lain supaya berjaya menjadikannya sama seperti adegan yang terdapat dalam filem tersebut.

"When the assignment told you to summarize it in a video" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 1.3M views, 265.1K likes dan 3,693 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan parodi ini. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mantap betul mereka ya, buat rumusan parodi kurang satu minit je :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: