seismik

Buat Kali Pertama, Karnival Jom Heboh Kini Kembali Di Rumah Masing-Masing. Walaweh!

Tak perlu keluar rumah pun masih boleh merasai betapa meriahnya karnival kesukaan ramai ini. Menarik!

Cover image via Jom Heboh Di Rumah

Jom Heboh!

Image via Berita Harian

Untuk pengetahuan anda semua, kemeriahan Karnival Jom Heboh bersama McDelivery anjuran Media Prima Berhad (MPB) kini kembali dengan kelainan iaitu mereka 'membawa' kemeriahan karnival ini di rumah masing-masing.
 
Pendek kata, anda tak perlu keluar rumah untuk menghadiri dan berseronok bersama rakan-rakan serta seisi keluarga, duduk rumah pun boleh. Oleh disebabkan kerajaan menasihatkan supaya kita semua mengelakkan diri daripada berkumpul beramai-ramai, jadi karnival ini dibawakan khas untuk anda yang duduk di rumah!

Karnival Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery ini akan diadakan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad melalui siaran TV9!

Image via Giphy

Anda bukan sahaja dapat merasai keriangan dan kehangatan karnival ini melalui televisyen sahaja, malah penonton yang 'hadir' turut diberi peluang untuk mengambil tempat dalam setiap permainan, tutorial kecantikan dan setiap aktiviti lain yang bakal dianjurkan nanti.

Tak lupa juga anda juga akan dihiburkan dengan persembahan menarik dari artis-artis terkenal tanah air! Paling penting, banyak juga 'deals' yang menarik menanti anda nanti.

Jangan terlepas!

Dah dapat rasa kemeriahan Karnival Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery ini?

Tak lengkap rasanya karnival ini tanpa persembahan artis-artis terhebat tanah air. Antara yang bakal menghiburkan anda di rumah nanti ialah Wany Hasrita, Hael Husaini, Ismail Izzani, Naim Daniel, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Nazim Othman, Amelia Henderson, Riena Diana, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi.

Sementara itu, personaliti tv popular seperti Hawa Rizwana, Fiza Sabjahan dan Haziq Hussni juga bakal mengacara beberapa program di Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery ini.

Buat gamers tegar di luar sana, anda juga boleh bersuka ria dengan mengambil tempat dalam MGO Lunchtime Cup yang bakal dianjurkan nanti. Permainan E-Sports ini akan diadakan pada waktu makan tengahari. Paling best, hadiah yang menanti anda nanti adalah wang tunai sebanyak RM1,000/hari!

Fuh, untung beb!

Psst...

Duduk rumah pun boleh menang besar ya sebab Karnival Jom Heboh memang tak lengkaplah tanpa peraduan dan hadiah menarik kan?

Image via Gfycat

Antara hadiah menarik yang bakal menanti anda semua adalah 1 unit Proton X70 untuk penonton yang bertuah!

Bukan setakat itu sahaja, ada juga pelbagai hadiah dan freebies menarik lain disediakan buat anda semua. Contohnya, baucar wang tunai serta baucar daripada McDonald's, Huawei Watch Fit, percuma 2 juta BIG Points, produk TEALIVE untuk setahun, produk kopi dari Coffex Coffee, baucar tunai CJWOWSHOP (Wow Cashback), tiket untuk ke Paya Indah Discovery Wetlands dan juga tiket ke Adventure Waterpark Desaru Coast serta banyak lagi!

Fuh, rugi kalau tak join!

Nak tahu apa rancangan menarik yang bakal 'dihidangkan' untuk setiap penonton?

Antara segmen-segmen 'awesome' buat anda semua di rumah nanti adalah Jom Selera & Hias di mana mereka akan membawakan hos dan artis jemputan untuk mengadakan tutorial memasak buat ibu-ibu di luar sana yang gemar untuk explore lebih banyak menu dan cara masakan yang berbeza.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Selain itu, ada juga tutorial untuk make over rumah masing-masing. Untuk anda yang sukakan topik kecantikan pula, anda pasti tertunggu segment Jom Gaya & Stail di mana anda boleh belajar cara untuk 'level-up' fesyen dan stail terkini.

Baru boleh #OOTD dengan lebih berjaya lepas ni!

Tak sabarnya! :D

Jangan lupa temu janji kita untuk meraikan Karnival Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery di TV9 pada 29 dan 30 Ogos nanti!

Untuk maklumat lanjut, boleh terus layari laman web Jom Heboh Di Rumah.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: