BookXcess Kini Kembali Lagi Dengan Jualan Clearance 'Kaw Kaw' & Kali Ini Di PJ Pula!
Jualan bermula hari ini!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bermula 18 hingga 27 April ini, jangan lupa singgah ke BookXcess Jaya One untuk dapatkan tawaran buku yang menakjubkan dengan harga murah!
Jika anda terlepas jualan besar-besaran BookXcess 'Kaw Kaw' bulan lepas di KL East Mall, jangan risau, kali ini make sure anda sempat datang!
Sebut je nak buku tentang apa, semua ada dekat sana. Siapa yang ulat buku tu inilah masanya anda borong banyak-banyak.
Walaupun jualan 'Kaw Kaw' BookXcess di KL East Mall dibuat sempena penutupan cawangan itu, mereka memberikan diskaun serendah RM1 satu buku buat pelanggan sebagai tanda penghargaan
Bukan itu saja, cawangan itu turut memberikan 200,000 buku secara percuma kepada pelanggan sehingga sesak satu kedai!
Kini, jualan 'Kaw Kaw' membuat kemunculan semula di PJ, dan kami dapat rasakan ia akan mendapat sambutan yang hebat.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Bawa tote bag anda dan pastikan tiba di sana lebih awal supaya tak berebut nanti.
Lokasi:
BookXcess Jaya One
Tarikh:
18 – 27 April 2025
Waktu operasi:
10am – 10pm (Ahad – Khamis)
10am – 8pm (Jumaat)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!