"Boleh Membawa Maut" - PHM Nasihatkan Jangan Campur Peluntur Dengan Bahan Pencuci
Difahamkan, kedua-dua bahan itu boleh menyebabkan berlakunya kes beracun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Public Health Malaysia (PHM) menasihatkan orang ramai agar tidak mencampurkan peluntur dengan bahan pencuci
Campuran boleh menyebabkan seseorang maut
Dalam hantaran itu, PHM menerangkan campuran peluntur dan ammonia akan menyebabkan berlakunya gas kloramin. Di mana ia boleh menyebabkan batuk teruk, paru-paru meradang dan sesak nafas.
Yang kedua adalah situasi ketika campuran peluntur dan cuka yang menyebabkan terhasilnya gas klorin beracun. Perkara ini akan menyebabkan anda pedih mata, dada terasa seperti dihimpit, muntah, malah boleh membawa maut.
Selain itu, peluntur dan alkohol juga sangat merbahaya kerana menyebabkan gas kloroform. Situasi ini akan membuatkan berasa pening, hilang kesedaran dan malah koma tanpa disedari.
"Bayangkan jika ini berlaku di rumah anda. Dalam sekelip mata, ruang yang sepatutnya bersih bertukar menjadi perangkap maut.
"Jangan ambil mudah. Jangan campur bahan pencuci. Jangan jadikan rumah anda penuh racun. Sebarkan pesanan ini sebelum tragedi ini berlaku kepada orang lain," jelas PHM lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!