seismik

Boleh Hantar Terus Ke Rumah, Ini 7 'Kedai Ais Krim' Yang Anda Boleh Order Online Di Shopee

Craving ice cream? No problem!

Cover image via Cook For Your Life & Nestle Ice Cream Malaysia (Facebook)

Umum sedia maklum, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan kita semua mempunyai had pergerakan untuk berada di luar rumah

Hal ini bertujuan untuk mengekang wabak Covid-19 daripada terus merebak dalam komuniti kita. Kedai-kedai dan pasar raya juga kini menghadkan hanya beberapa orang saja boleh berada di dalam premis.

Disebabkan itu, kemungkinan giliran menunggu adalah sangat panjang daripada kebiasaannya. Malah, ramai juga yang mengambil pendekatan dengan membeli barangan mereka secara online. Bukan setakat barangan kering saja tetapi barangan basah juga.

Sesekali pasti anda terasa ingin makan makanan sejuk seperti ais krim tapi malas nak keluar beli di kedai bukan? Jangan risau, kini anda boleh dapatkannya secara online.

Ini 7 kedai ais krim di Shopee anda boleh pesan:

1. Ais krim Nestle

Nestle merupakan jenama ais krim terkenal kegemaran ramai. Mereka selalu hadir dengan produk baru yang menarik perhatian. Terdapat pelbagai jenis ais krim berperisa anda boleh dapatkan. Jom beli dan makan bersama keluarga di waktu PKP ini!

Klik di sini untuk beli.

2. Ais krim Wall's

Sebagai salah satu jenama terkemuka, Wall's sentiasa bertanggungjawab terhadap pemakanan yang baik. Produk mereka mempunyai jenama terkenal seperti Magnum, Wall's dan Cornetto. Hanya perlu pesan dan mereka akan membawa kebahagiaan di depan pintu rumah anda!

Klik di sini untuk beli.

3. Pops Malaya

Image via Pops Malaya
Image via Pops Malaya

Pops Malaya adalah keluaran syarikat Doluvo Sdn Bhd yang menghasilkan aiskrim inovasi pertama di Malaysia berkonsepkan "Freeze at Home" yang dinamakan Ice Bars. Ais krim ini diperbuat daripada buah-buahan sebenar, tiada perisa tiruan, pewarna tiruan ataupun bahan pengawet.

Penghantaran pula akan dilakukan pada hari bekerja sahaja Isnin hingga Jumaat. Jika anda order pada hujung minggu atau cuti umum, mereka akan membuat penghantaran pada hari bekerja.

Klik di sini untuk beli.

4. Ais krim Polar

Image via Polar Ice Cream
Image via Polar Ice Cream

Polar Ice Cream Sdn Bhd adalah pengeluar ais krim tempatan terbesar di Malaysia. Mereka menghasilkan pelbagai jenis ais krim seperti ais krim stik, ais krim dalam cawan, ais krim bersama wafer dan banyak lagi yang telah diedarkan melalui pasar raya, kedai serbaneka, perkhidmatan makanan dan penjaja bergerak di seluruh Malaysia.

Klik di sini untuk beli.

5. Ais krim Utterly

Ais Krim Utterly adalah ais krim buatan tangan premium di Malaysia. Semua ais krim mereka diperbuat dengan bahan-bahan semula jadi premium sehingga anda dapat merasai hanya rasa asli. Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk rumah sehingga tiga bulan dan menikmatinya bila-bila masa anda suka.

Klik di sini untuk beli.

6. Let's Chill

Image via Let's Chill
Image via Let's Chill

Let's Chill merupakan kedai yang menjual produk sejuk seperti air minuman dan ais krim. Terdapat beberapa jenis ais krim kegemaran anda boleh dapatkan di kedai ini.

Klik di sini untuk beli.

7. Jocom Official Store

Jocom juga merupakan salah satu kedai yang menjual ais krim. Malah, bukan itu saja mereka juga turut menjual pelbagai kering untuk makanan harian kita. Jadi apa tunggu lagi? Jom dapatkannya!

Klik di sini untuk beli.

Sedapnya dapat makan ais krim tengah-tengah panas ni. Senang pula tu boleh order online je!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: