seismik

Boboiboy The Movie Kini Takluk Pawagam Di Korea Selatan. Serius Hebat!

Annyeonghasaeyo!

Cover image via Animonsta

Boboiboy The Movie adalah filem Malaysia pertama yang berjaya menembusi pasaran Korea Selatan. Hebat betul!

Pada akhir bulan Februari, Animonsta Studios telah mengumumkan bahawa Boboiboy akan ditayangkan di 100 buah pawagam Korea Selatan. Yang paling mengujakan ialah, tayangan pertama sudah pun bermula sejak semalam lagi.

Filem ini turut dialih bahasa ke bahasa Korea seterusnya menjadikan filem ini sebagai filem pertama Malaysia yang berjaya menembusi ke industri perfileman dan juga pasaran Korea Selatan.

Kesemua pawagam utama di Korea akan menayangkan filiem ini, antaranya ialah Lotte, CGV dan juga Megabox.

Ini merupakan kejayaan terbesar pernah dicapai oleh Animonsta Studio sekali gus dapat mengharumkan nama negara yang tercinta

Image via Animonsta

Animonsta Studio merupakan syarikat animasi Malaysia yang mengembangkan kandungan kreatif dan idea baru untuk pasaran di Malaysia dan juga antarabangsa. Syarikat ini ditubuhkan oleh Mohd Nizam Abdul Razak yang juga merupakan salah seorang pengasas Le's Copaque yang menghasilkan siri animasi Upin & Ipin dan juga filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula.

Upin & Ipin pun telah mendapat sambutan yang hebat dari masyarakat, apatah lagi Boboiboy yang memang awesome!

Korea Selatan merupakan negara ke 5 yang menayangkan filem ini

Image via Animonsta

Selepas Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia, kini Korea Selatan menjadi negara kelima yang menayangkan Boboiboy The Movie. Mengikut laporan, kutipan kasar untuk 4 negara ini telah mencecah lebih RM19 juta.

Filem ini dibawa oleh syarikat BoXoo Entertainment dimana mereka dikenali sebagai pengedar filem mini di Korea Selatan.

Terbaiklah Boboiboy! Semoga terus maju dan sukses di masa depan.

Nah, layan video ni:

매직키드보보(캐릭터예고편)

★<#매직키드보보> 예매 인증 이벤트★
3월 1일(수) 개봉하는 매직 어드벤처 #매직키드보보 예매완료 후, 예매 인증샷을 댓글로 남겨주세요.
추첨을 통해 레고 로봇체험관 "핸즈온캠퍼스" 이용권(1인2매)을 드립니다! (~3/5, 8명)

- 이벤트 일정: 2/28(화) ~ 3/5(일)
- 당첨자 발표: 3/6(월)
- 이벤트 경품: 레고 로봇체험관 "핸즈온캠퍼스" 1인2매 이용권

*주의사항
- 시사회 티켓으로는 응모 불가능합니다.
- 예매 인증 티켓 내 영화명/영화관/상영정보가 확인 가능하여야 하며, 예매번호는 가린 뒤 응모해 주세요.

#매직키드보보 #3월1일대개봉 #극장에서만나봇

Posted by BoXoo 엔터테인먼트 on Monday, February 27, 2017

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah setahun dah Ola Bola:

You may be interested in: