seismik

“Biar Tak Handsome Janji Kelakar” - Suami Usik Isteri Lepas Nikah, Netizen Pula Yang Cair!

Tapi kalau dapat lelaki yang handsome dan kelakar, itu kira bonus :')

Cover image via @pifitriaa (TikTok)

Lelaki yang kelakar dan pandai ambil hati adalah ciri-ciri suami idaman setiap wanita

Fakta mengatakan bahawa wanita lebih suka dan mudah tertarik dengan lelaki yang kelakar berbanding lelaki yang romantik dan handsome. Agak-agaknya kenapa ya?

Kebanyakan wanita sering berhadapan dengan mood swing yang tidak menentu kerana itu sememangnya sifat semula jadi yang ada dalam diri mereka. Disebabkan itu, mereka perlukan pasangan yang pandai menghiburkan hati dan menjadi tempat untuk mereka meluahkan perasaan.

Baru-baru ini, tular satu video di laman sosial TikTok apabila seorang wanita di Indonesia memuat naik video pernikahannya dan telah menarik perhatian ramai disebabkan telatah suaminya semasa majlis itu berlangsung.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@pifitriaa

Love you suami @adenalfurqon

original sound - Pipit Fitria

Suami wanita itu kelihatan sangat cool dan sempat mengusiknya sebaik saja mereka sah bergelar suami isteri

Selepas selesai upacara akad nikah, tok kadi menyuruh pengantin lelaki memanggil pengantin perempuan datang duduk di sebelahnya. 

Suami wanita itu yang nampak sangat excited memanggil isterinya dengan panggilan manja dan membuatkan tetamu sekeliling terhibur.

"Beby, sini beby. Sayangku, cintaku, berlianku. Kesini cantik duduk," kata suaminya.

Telatah spontan dan kelakar suami wanita itu telah menarik perhatian netizen sehingga ramai yang rasa nak kahwin

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga lebih 217,200 tontonan dan hampir 25,000 likes di TikTok, rata-rata netizen terhibur dan cair dengan layanan suami wanita itu kepadanya. Ada juga yang tak sabar nak kahwin dan ingin lelaki kelakar seperti suami wanita itu.

Cara dia mengambil hati isterinya dan sempat membuat lawak semasa majlis pernikahan itu sememangnya menunjukkan dia seorang lelaki yang sangat romantik dan kelakar. Mungkin itu menjadi punca utama wanita itu memilihnya sebagai suami.

Melihat dari rupa paras wanita itu yang sangat cantik, mesti ramai yang tidak sangka dia akan memilih lelaki yang biasa saja. Tetapi mungkin di matanya, suaminya adalah lelaki yang paling handsome dan terbaik buatnya.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga semua wanita dan lelaki di luar sana dapat terima pasangan masing-masing seadanya ya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: