seismik

Besi Tertusuk Pipi Murid Tahun 4 Sedalam Lima Inci

Seorang murid lelaki tahun empat cedera apabila pipi kanannya ditembusi sebatang besi sedalam lima inci ketika sedang bermain di luar pekarangan sekolah.

Cover image via imgur.com

AMARAN: KANDUNGAN GRAFIK

Murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sacred Heart Di Kota Kinabalu Didapati Cedera Akibat Pipi Tertusuk Dengan Besi Pada 21 April 2014

Image via blogspot.com

Seorang murid tahun empat mengalami kecederaan teruk apabila mulutnya tercucuk sebatang besi penutup longkang ketika mangsa bermain dengan rakan-rakannya di Sekolah Kebangsaan Sacred Heart pada 21 April 2014.

utusan.com.my

Mangsa Dikatakan Terpijak Besi Penghadang Longkang Yang Sudah Tercabut Sehingga Menyebabkan Besi Tercucuk Terus Ke Pipinya

Sebelum kejadian, mangsa Leinus David, 10, dikatakan sedang menunggu bas di kawasan parkir berhampiran sekolah terbabit selepas tamat waktu sekolah jam 12.40 tengahari.

theborneopost.com

Ketika menuju ke kawasan parkir itu, Leinus terpijak besi penghalang parit yang sudah tercabut dan menyebabkannya gagal mengimbangkan badannya. Akibatnya, besi terbabit tercucuk ke pipinya hingga sedalam lima inci di sebelah kanan mukanya.

theborneopost.com

Beberapa Saksi Kejadian Segera Menghubungi Pihak Bomba. Mangsa Kemudian Dikejarkan Ke Hospital Setelah Bomba Gagal Mencabut Besi Terbabit.

Beberapa ibu bapa pelajar yang kebetulan berada di tempat kejadian segera menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat sementara mangsa hanya duduk ketakutan di tepi parit itu.

theborneopost.com

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K. Ramin berkata pihaknya menerima laporan pada 12.51 tengah hari dan lapan anggota Balai Bomba Kota Kinabalu dikerah ke tempat kejadian.

sinarharian.com.my

Sepasukan anggota bomba yang tiba beberapa minit kemudian cuba mengeluarkan besi berkenaan, namun gagal.

hmetro.com.my

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Nordin Fauzi berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

sinarharian.com.my

Selepas Berjaya Dicabut, Besi Tersebut Meninggalkan Lubang Sedalam Satu Sentimeter Pada Pipi Mangsa. Namun Begitu, Mangsa Dilaporkan Stabil.

Dilaporkan, selepas dicabut, besi berkenaan meninggalkan lubang sedalam satu sentimeter di bahagian pipi mangsa.

theborneopost.com
Image via ping.busuk.org

Besi terbabit dikeluarkan pada jam 4.30 petang yang dilakukan oleh pakar bedah kanak-kanak. Keadaan mangsa stabil dan masih dirawat di wad hospital.

hmetro.com.my

Ekoran Kejadian Itu, Pihak Pengurusan Semua Sekolah Diarah Untuk Memeriksa Dan Memperbaiki Kawasan Yang Boleh Membahayakan Pelajar

Image via www.ohdunia.my

"Pihak sekolah telah diminta oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa."

sinarharian.com.my

“Pemeriksaan ini membabitkan seluruh sekolah rendah dan menengah bagi memastikan kawasan persekitaran sentiasa selamat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.

hmetro.com.my

Macam-Macam Tragedi Berlaku Terhadap Pelajar Sekolah Sejak Kebelakangan Ini

You may be interested in: