seismik

Bersepah Page FB Buat Affiliate Guna Berita Palsu Orang Mati, Hati-Hati & Jangan Tekan!

Beberapa pengguna mendedahkan perkara itu amat merisaukan kerana berita palsu dapat tersebar dengan begitu mudah.

Cover image via @pickyhn (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang individu mendedahkan kegiatan beberapa Facebook Page yang meletakkan link affiliate dengan membuat kandungan palsu berkenaan orang meninggal dunia

Menerusi perkongsian @pickyhn di X, dia mendedahkan terdapat laman-laman Facebook yang sesuka hati membuat kandungan palsu sambil membuat affiliate.

Laman-laman Facebook tersebut didapati membuat hantaran clickbait berkenaan pemberitahuan orang meninggal dunia sambil mengepilkan link affiliate pada perkataan dalam hantaran terbabit.

Image via @pickyhn (X)
Image via @pickyhn (X)
Image via @pickyhn (X)
Image via @pickyhn (X)

Perkara tersebut telah menimbulkan kekeliruan terutamanya kepada golongan yang mudah percaya tanpa membuat pemeriksaan

Menerusi tinjauan di bahagian komen, beberapa pengguna mendedahkan perkara itu amat merisaukan kerana berita palsu dapat tersebar dengan begitu mudah.

Mereka berkongsi bagaimana terdapat ibu bapa yang mempercayai hantaran tersebut menyebabkan mereka terpaksa meyakinkan bahawa berita berkenaan adalah palsu.

Terdapat juga komen yang mengingatkan link tersebut juga dikhuatiri scam kerana ia tidak semestinya pautan affiliate dan berkemungkinan ia adalah phishing.

Image via X
Image via X
Image via X
Image via X

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: