seismik

Wanita Itali Masuk Islam Setelah Dengar Alunan Azan Kini Sudah Jadi Isteri Jejaka Melayu!

Kalau dah jodoh, tak ke mana. :)

Cover image via Harian Metro

Apabila berbicara tentang soal jodoh, menurut Islam ia merupakan satu rahsia Allah SWT yang sering dipertanya dan dipersoalkan oleh manusia

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sygma Innovation

Percayalah, setiap apa yang berlaku dan ketentuan yang ditetapkan oleh-Nya adalah yang terbaik buat setiap insan di dunia ini. Sama juga seperti jodoh, jangan terlalu terburu-buru untuk mendirikan rumahtangga kerana cepat atau lambat, setiap orang pasti ada jodoh bersama seseorang sama ada di dunia atau di akhirat nanti.

Seperti perbincangan dalam kalangan ulama, jodoh setiap orang ada sebagaimana rezekinya.

Seperti kisah seorang lelaki iaitu Mohamad Khalies Hami Hamzah, 35, baru-baru ini telah diijabkabulkan bersama seorang wanita Itali

Image via Media Kreatif

Menurut Hamzah, dia bagaikan bermimpi apabila memperisterikan seorang wanita Itali. Wanita tersebut dikenali sebagai Giovanna Khadija Wolswijk, 25, selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh jurunikah Datuk Ismail Ali di Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud UMT pada 14 Februari lalu.

Perkahwinan tersebut turut disaksikan oleh ahli keluarga Giovanna Khadija iaitu ibu, Hendrina Johanna Van Middelkoop, 62, dan bapa, Theodorus Wolswijk, 62.

Khalies yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membuat pengakuan bahawa dia sendiri terkejut apabila lamarannya diterima

Menurut laporan Harian Metro, Giovanna Khadija merupakan penuntut Sarjana di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT telah membuat keputusan untuk memeluk Islam selepas tersentuh setiap kali mendengar alunan al-Quran daripada pembesar suara masjid UMT pada 18 Jun 2019.

Menceritakan tentang detik perkenalan mereka berdua pula, Khalies menjelaskan bahawa mereka berkenalan melalui Instagram setelah isterinya memeluk Islam dan mengambil masa selama empat bulan untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum dia melamar wanita itu.

Mohamad Khalies berkata, "Saya menghantar pesanan ringkas di IG hanya sekadar ingin mengucapkan tahniah kerana memeluk Islam. Saya tiada niat langsung untuk memikatnya atau berkenalan, hanya mengucapkan tahniah saja namun takdir Allah tiada siapa tahu dan mampu menghalangnya.

“Giovanna Khadija membalas pesanan ringkas saya sebelum kami menjadi kawan rapat dan berasa tertarik di antara satu sama lain seterusnya mencapai persetujuan untuk berkahwin,” katanya.

Saya sendiri pun tidak sangka, isteri menerima lamaran saya dan memilih tarikh berkahwin pada 14 Februari sempena tarikh hari pertama dia menjejak kaki ke negara ini pada tahun lalu."
Khalies

Khalies turut menjelaskan bahawa kini semuanya berjalan dengan lancar dan isterinya itu sekarang dalam proses untuk mendalami ilmu agama bersamanya

Gambar sekadar hiasan.

Image via Muslimah

Bukan setakat itu sahaja, selama perkenalan mereka di IG, Khalies berkata dia turut membantu isterinya itu mendalami ajaran Islam termasuk membawa kitab suci Al-Quran. Sehingga kini, isterinya itu sudah menghafal lebih 10 surah lazim dan sedang menghafal Surah Al-Mulk.

“Giovanna Khadija sekarang membaca Iqra lima serta dalam proses mengenal bacaan al-Quran selain sudah pandai menunaikan solat dengan sempurna. Ditakdirkan berkahwin dengan saudara baru ialah tanggungjawab yang besar dan ia sebagai amanah Allah kepada saya.

“Sebagai suami, saya akan pastikan isteri mendapat didikan agama yang sebaik mungkin selain kasih sayang sepenuhnya,” jelas Khalies.

Giovanna Khadija berkata bahawa dia berasa selesa dan yakin dengan keikhlasan suaminya sebab itulah dia menerima lamaran itu

Image via Google

“Pada mulanya saya juga berasa berbelah bahagi untuk berkahwin pada usia 25 tahun selain masih ingin melanjutkan pengajian ke bidang Doktor Falsafah (PhD). Bagaimanapun selepas melihat kesungguhan dan keikhlasan suami, hati saya tersentuh.

"Paling penting suami seorang yang kuat pegangan agama seterusnya diyakini mampu membimbing saya mendalami Islam dengan baik,” katanya.

Tambahan pula, Giovanna bercadang untuk tinggal bersama suaminya itu di negeri ini sehingga dia menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD di Universiti Libre De Bruxelles, Belgium.

Walaupun sudah berkahwin, saya tetap akan mencapai cita-cita untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD dan bersyukur kerana suami memahami dan merestuinya,”
Giovanna Khadija, 25

Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga ke anak cucu. Amin...

Image via Media Kreatif

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca kisah Giovanna Wolswijk ini di bawah:

You may be interested in: