seismik

Berita Baik Untuk Golongan B40, Dapatkan 40GB Data Internet Percuma Sekarang, Ini Caranya

Jom daftar sekarang!

Cover image via Harian Metro

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebelum ini syarikat telekomunikasi YES telah melancarkan program Belajar Dari Rumah yang menyediakan 40GB data percuma kepada murid di sekolah kerajaan dan telefon percuma untuk pelajar B40

Kali ini, mereka mengumumkan tonggak baru di bawah inisiatif Kasi Up iaitu YES KASI UP B40.

Inisiatif ini merupakan tonggak baru yang menyasar untuk memberikan akses data kepada golongan B40 dan menawarkan 40GB data percuma kepada setiap ahli komuniti B40 yang telah berdaftar.

Image via YES

Berikan data percuma kepada mereka yang memerlukan dan terkesan akibat pandemik Covid-19

Menerusi sumber, syarikat itu sudah membantu lebih 450,000 kanak-kanak di Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada golongan B40 meneruskan pembelajaran sepanjang tempoh pandemik. Kali ini pula, mereka memperluaskan inisiatif data percuma ini kepada semua rakyat B40.

Mereka juga berharap dengan pembukaan semula ekonomi dan tekanan yang dialami rakyat akibat kehilangan pekerjaan, kemerosotan pendapatan dan kelembapan aktiviti perniagaan penting untuk kita terus memainkan peranan merapatkan jurang digital.

Untuk memohon, golongan B40 dikehendaki untuk memberikan butiran perhubungan mereka di dalam laman sesawang bagi membolehkan kad sim YES dihantar terus ke rumah. Ikuti langkah ini:

1. Isi maklumat lengkap anda di sini.
2. Kad sim YES akan dihantar ke alamat yang telah didaftarkan secara percuma.
3. Anda akan menerima kad sim tersebut dan aktifkan melalui aplikasi YES yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau App Store.
4. Selepas berjaya diaktifkan, anda akan menerima 40GB data percuma dan tempoh sah sehingga 60 hari.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: