Berita Baik Buat Penjawat Awam, Anda Bakal Terima Gaji Bulan Mei Lebih Awal Tahun Ini
Alhamdulillah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengumumkan tarikh pengeluaran gaji bagi bulan Mei tahun ini akan diawalkan
Penerimaan awal gaji ini dibuat bagi memberi ruang kepada pekerja yang menerima bagi persiapan sambutan perayaan utama.
Dengan adanya tarikh yang diberitahu lebih awal ini, pekerja juga mampu merancang dengan baik waktu membayar komitmen peribadi dan keluarga.
Bagi bulan Mei, perayaan utama yang akan berlangsung adalah Hari Pesta Kaamatan yang jatuh pada 30 dan 31 Mei 2025.
Penjawat awam bakal menerima gaji pada 22 Mei, 2 hari lebih awal berbanding bulan lepas
Menerusi Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2024, Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025 turut disertakan.
Menerusi lampiran tarikh pembayaran emolumen bulanan, disertakan jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2025.
Menerusi lampiran tersebut, tarikh pengeluaran gaji bagi bulan Mei ialah pada 22 Mei 2025, sama seperti hari pada bulan Januari yang diawalkan sempena Tahun Baru Cina.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!