seismik

"Beraninya Dia" - Selamba Alihkan Haiwan Atas Tudung, Tak Sangka Rupanya Pegang Cicak

Auto gelilah tengok.

Cover image via @rakharamadann (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai dekat sini yang takut dan geli pada serangga seperti lipas, ulat dan lain-lain kan?

Mana tidaknya, serangga-serangga ini kebiasaannya sering dilihat di tempat yang kotor dan dalam timbunan sampah.

Malah, kadang kala kita juga tidak akan menduga kehadiran serangga-serangga tersebut pada tempat kita.

Sama seperti video ini yang sudah tular pada tahun lalu namun kembali menjadi hangat di TikTok gara-gara keberanian seorang gadis yang memegang seekor cicak.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cicak hinggap dekat tudung, tapi rilek alihkan walaupun tengah ketakutan

Menerusi video tersebut, kelihatan seekor cicak melekat pada seorang gadis semasa dia sedang berada di sebuah sekolah.

Situasi itu ternyata membuatkan ramai pelajar terkejut dan memberitahunya untuk mengalihkan cicak berkenaan. 

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah cara gadis itu yang walaupun sedang menjerit ketakutan tetapi masih tetap berani memegang dan membuang cicak itu dengan selambanya.

"Kalau cicak ada kat atas kepala aku, I will just consider myself dead" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terhibur melihat gelagat gadis tersebut. Malah, ramai juga yang terpegun dengan keberaniannya mengalihkan haiwan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5.9M views, 533.7K likes dan 22K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Sungguh berani ya dia pegang macam tu je. Takut pula tengok :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: