seismik

“Bengang Je Muka Dia” - Netizen Terhibur Bila Si Meow Kena Paksa Pakai Kostum Doraemon

Awwhh comel je, geram!

Cover image via @johanandhiscats (TikTok)

British Shorthair adalah baka kucing tertua di England dan terkenal dengan mukanya yang garang dan harga yang mahal

Memandangkan British Shorthair adalah kucing yang berdikari, mereka sukakan suasana yang sunyi dan mereka boleh tinggal sendirian. Oleh itu, mereka harus dibela dalam kawasan yang tertutup untuk mengelakkan kucing-kucing ini daripada lari.

Baru-baru ini, tular satu video seekor kucing British Shorthair di TikTok, di mana tuannya yang bernama @johanandhiscats telah memuat naik perkongsian ketika dia memakaikan kostum Doraemon pada kucingnya.

Lihat video tersebut di bawah:

Muka kucing itu kelihatan pasrah saja dengan layanan yang diberikan oleh tuannya

Dalam video tersebut, kucing comel itu dipakaikan kostum penuh watak kartun terkenal, Doraemon siap dengan kipas atas kepala.

Namun, reaksi muka kucing itu semasa keluar dari laci seolah-olah pasrah dan tiada perasaan telah menarik perhatian ramai.

British Shorthair sememangnya dikenali sebagai kucing yang tiada perasaan. Itu yang membuatkan ramai geram dengan kecomelannya itu.

"Kucing dalam hati: apalah nasib aku ada tuan macam ni, dah lah main paksa-paksa tak sukanya" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mendapat sehingga lebih 919,000 tontonan dan hampir 1,000 komen di TikTok, rata-rata netizen terhibur dengan muka kucing itu yang nampak terpaksa dan bengang bila dirakam mukanya sambil memakai kostum Doraemon.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nak bela British Shorthair jugak lah macam ni! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: