seismik

Bengang Dengan Guru Disiplin, Pelajar Tingkatan 3 Di Kelantan Baling Bom Ke Dalam Kelas

Pecah berderai tingkap.

Cover image via Kosmo!

Benarlah apa orang ramai kata, pelajar zaman sekarang sudah semakin berani

Image via malaymail.com

Sebuah sekolah menengah di Penambang, Kelantan dikejutkan dengan bunyi letupan bom kuat yang meletus di bilik disiplin dan kaunseling.

Kosmo melaporkan tingkap kedua-dua bilik itu dilihat pecah dan musnah selepas dilempar 'bom' yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola.

Siasatan mendapati bahawa kejadian ini didalangi oleh tiga pelajar Tingkatan 3 sekolah berkenaan

Perbuatan ini juga dilakukan hanya kerana wujud perasaan tidak berpuas hati dengan guru displin mereka.

Kejadian yang berlaku pada jam 11 pagi semalam telah mengakibatkan 80 bilah cermin tingkap pecah berderai dan sebuah alat pendingin hawa turut rosak.

Image via Kosmo!

Malah semasa kejadian berlaku, terdapat enam orang guru di dalam kedua-dua bilik tersebut

Namun, kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan ketiga-tiga pelajar itu berjaya melarikan diri setelah mengebom bilik.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kerosakan oleh api atau bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan.

Murid Tak Puas Hati Lempar Bom Buatan Sendiri Gara-gara tidak berpuas hati den

Murid Tak Puas Hati Lempar Bom Buatan Sendiri Gara-gara tidak berpuas hati dengan guru disiplin, tiga sekawan bertindak melempar bom buatan sendiri ke tingkap bilik guru lalu mengakibatkan 80 bilah cermin musnah sama sekali. Kejadian berlaku di blok C, bilik displin dan kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Penambang, Kota Bharu, Kelantan jam 11 pagi tadi. Ia dilempar dari bahagian belakang blok sekolah berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik, siasatan mendapati bom buatan itu diubahsuai menggunakan mercun selepas polis menemukan serpihan plastik mercun bola. Usaha menjejaki suspek giat dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Posted by Berita TV9 on Thursday, July 19, 2018

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: