seismik

Bendera Dikibar Separuh Tiang, Lebuhraya Bandar Cassia Ditukar Nama Jalan Tun Abdullah

Ia sebagai tanda penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri kelima itu.

Cover image via DAP & Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang bersetuju untuk menamakan Lebuhraya Bandar Cassia sebagai Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi

Menerusi laporan Bernama, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata perkara tersebut dilakukan sebagai tanda penghormatan terakhir menghargai jasa dan bakti Allahyarham Tun Abdullah yang telah membawa impak pembangunan kepada negeri berkenaan sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri.

"Memegang gelaran sebagai bandar masa depan Pulau Pinang, Allahyarham Tun Abdullah telah menamakan Bandar Cassia pada 24 Ogos 2004 dan memperoleh kelulusan daripada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) melalui Pelan Induk Bandar Cassia pada 26 Okt 2004.

"Penggunaan nama Bandar Cassia sebagai Bandar Baharu di Batu Kawan kemudiannya telah diluluskan oleh MMK pada 10 Ogos 2016.

"Justeru, kerajaan negeri ingin terus mengekalkan legasi Allahyarham Tun Abdullah dengan menamakan semula Lebuhraya Bandar Cassia kepada Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Image via Xklusif

Bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang Jumaat ini

Sebagai tanda penghormatan, bendera negeri turut akan dikibarkan separuh tiang membabitkan semua premis kerajaan dan pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri.

"Pemergian Tun Abdullah merupakan suatu kehilangan besar kepada negara terutamanya Pulau Pinang. Semoga semua jasa dan bakti yang telah dicurahkan beliau dalam membangunkan negara serta negeri ini akan sentiasa tersemat dalam sanubari seluruh rakyat Malaysia dan juga Pulau Pinang," katanya.

Chow berkata Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang merupakan hadiah terbesar Allahyarham Tun Abdullah kepada penduduk di kawasan itu apabila beliau mengumumkan projek tersebut dalam ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9) di Parlimen pada 2003.

Beliau berkata impak jambatan kedua itu telah merancakkan pertumbuhan ekonomi antara Batu Maung (bahagian pulau) dan pembangunan Bandar Cassia di Batu Kawan sebagai zon perindustrian baharu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: