seismik

Cerita Penuh Seorang 'Auntie' Dilayan Macam Sampah Oleh Pihak Berkuasa. Siapa Yang Salah?

Seorang peniaga dikatakan mendapat layanan buruk penguatkuasa tempatan. Betul atau salah?

Cover image via Facebook Malaysia Velai Seivor Sangam - malaysiatamilan

[TERKINI] 'Auntie' dapat semula motosikal roda tiganya dan juga lesen perniagaan

Selvajanaki (tengah) akhirnya diberi lesen perniagaan.

Image via www.themalaysianinsider.com

S. Selvajanaki, 41, (auntie berkenaan) telah dijemput oleh Ahli Majlis MBI, M. Veeran untuk menuntut semula motosikal roda tiganya yang dirampas di pejabat penguatkuasaan pagi semalam.

"Dia juga sangat gembira dan berterima kasih kerana mendapat semula kenderaannya. Saya juga menemani beliau untuk memohon lesen perdagangan mudah alih dan kami menjangkakan dia akan dapat menjalankan perniagaan dalam tempoh tiga hari lagi," kata Veeran.

Veeran juga menambah Selvajanaki telah bersetuju untuk beroperasi di Fair Park atau Kampung Simee dan bukan di tempat lama beliau di luar Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Veeran juga menawarkan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan untuk memohon lesen perniagaan dengan menghubungi talian 019-551 3501.

themalaysianinsider.com

Sementara itu, Selvajanaki memaklumkan bahawa beliau sebenarnya telah banyak kali memohon lesen untuk menjalankan perniagaan namun permohonannya gagal kerana tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk berniaga

Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak dan telah ditinggalkan oleh suaminya 10 tahun yang lalu serta menyara keluarganya dengan menjual kacang putih.

malaysiandigest.com

S. Selvajanaki didakwa telah dilayan macam sampah oleh pihak berkuasa.

Image via www.malaysiandigest.com

9 Ogos: Tersebar gambar seorang auntie berbangsa India yang sedang berniaga di depan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh yang dikatakan dilayan seperti sampah oleh penguatkuasa tempatan

Kecoh di laman sosial apabila gambar seorang auntie berbangsa India dikatakan telah dilayan dengan kejam oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Gambar-gambar ini dimuat naik oleh Malaysia Velai Seivor Sangam - malaysiatamilan dan kini telah mendapat ribuan shares dalam masa dua hari.

Selepas menjadi viral, netizen bertindak untuk melemparkan pelbagai cemuhan terhadap MBI serta menganggap kelakuan mereka itu adalah sama seperti "binatang"

Namun begitu, adakah benar penguatkuasa yang bersalah? Beberapa individu tampil memberikan keterangan tentang apa sebenarnya yang telah berlaku disebalik gambar viral tersebut.

Kejadian dikatakan bermula apabila auntie tersebut berang dan tidak senang atas kehadiran penguatkuasa tempatan yang menghalangnya menjalankan perniagaan.

Beliau dikatakan berniaga di kawasan yang tidak dibenarkan dan menghalang laluan keluar masuk hospital berkenaan.

Makanan yang bertaburan di atas jalan raya itu juga didakwa dilemparkan sendiri oleh auntie tersebut. Beliau menangis lalu menyelerakkan barang-barang jajaan kerana tidak puas hati terhadap tindakan ke atasnya.

Lihat saja pada gambar di bawah ini. Tidakkah jelas menunjukkan bahawa auntie ini sendiri yang menyelerakkan barang jualannya?

Akibat berang, auntie ini bertindak menyelerakkan barang niaganya ke atas jalan raya.

Image via Malaysia Velai Seivor Sangam - malaysiatamilan

Dalam perkembangan terbaru, individu yang bertanggungjawab memuat naik gambar-gambar tersebut telah tampil memohon maaf. Menurutnya, tindakan itu adalah sesuatu yang bodoh dan tidak matang.

Nuruddin Abdul Mujid (tengah) memohon maaf kerana menyebarkan berita yang tidak tepat.

Image via www.astroawani.com

Seorang pelajar kolej di Ipoh memohon maaf kerana memuat naik status tidak tepat sehingga mencemarkan kredibiliti penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ia memberi gambaran bahawa penguatkuasa MBI sengaja membuli peniaga wanita terbabit dengan menyelerakkan barangan jajaannya.

Tetapi pelajar itu akhirnya mengakui wanita itu sendiri yang menyelerakkan barang-barang jajanya.

"Saya memang nampak makcik itu sendiri yang menyelerakkan barang-barang jajaannya, namun disebabkan saya berasa amat marah saya pun memuat naik status seolah-olah pegawai penguatkuasa yang membuat semua perkara itu. Saya mohon maaf di atas tindakan saya dan saya tahu itu adalah tindakan bodoh kerana tidak berfikir panjang," jelas Nuruddin Abdul Mujid, 22.

astroawani.com

Jadi dalam kes ini, memang benarlah MBI telah difitnah. Apa-apa pun, kita harus lebih berhati-hati dalam membuat sebarang spekulasi. Selagi kita tidak tahu perkara yang sebenar, lebih elok jika kita mendiamkan diri sahaja daripada menabur fitnah.

Apa lagi cerita-cerita kontroversi yang perlu anda baca?

You may be interested in: