seismik

[VIDEO] Penjelasan Nora Danish Tentang Sambutan Hari Jadi Di Kelab Malam Haram

Nora Danish sekali lagi mendapat perhatian media apabila dikatakan berparti di kelab malam haram dan sempat meloloskan diri ketika serbuan dibuat.

Cover image via rotikaya.com

Program 999 Di TV3 Baru-Baru Ini Telah Menyiarkan Satu Insiden Serbuan Kelab Malam Haram Di Bandar Utama

Nora Danish

Image via ohbulan.com

Menerusi rancangan dokumentari tersebut, kelab tersebut dikatakan sudah 3 kali diserbu kerana tidak mempunyai lesen operasi yang sah. Terletak di tingkat atas sebuah bangunan, ketika hari serbuan, seorang artis dikatakan sempat meloloskan diri sebelum pihak berkuasa sampai ke kelab berkenaan.

ohbulan.com

Menariknya, menerusi Rotikaya, portal tersebut mendakwa bahawa artis yang telah menyambut harijadi pada malam serbuan berkenaan dipercayai Nora Danish.

ohbulan.com

Beberapa Kad Jemputan Ditunjukkan Yang Mempunyai Persamaan Dengan Kad Jemputan Majlis Ulang Tahun Nora Danish

Persamaan gambar kad jemputan yang disiarkan 999 serta yang dimuat naik Nora Danish

Image via rotikaya.com

Wartawan tersebut menunjukkan beberapa keping kad jemputan ke majlis artis tersebut yang menyerupai kad jemputan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Nora Danish baru baru ini — yang beliau kirimkan sendiri gambarnya ke Instagram.

rotikaya.com

Menurut laporan itu juga, selebriti yang didakwa menyewa bilik khas bernilai RM5,000 itu sempat meloloskan diri sebelum pihak berkuasa tiba dan tidak tahu sejauh mana benarnya — atau majlis sambutan beliau sudah tamat sebelum pihak berkuasa tiba.

rotikaya.com

Walau Bagaimanapun, Nora Danish Tangkas Menepis Segala Dakwaan Beliau Menyambut Hari Lahir Di Kelab Malam Tidak Berlesen Itu

“Saya tidak pernah berselindung malah, apa jua aktiviti termasuk sambutan hari jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga, saya ada muat naik di laman sosial Instagram saya.”

rotikaya.com

“Gambar-gambar yang dimuat naik itu pun jelas menunjukkan saya menyambut hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga tertera kad nama para jemputan. Justeru itu, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam haram seperti yang disebarkan di laman laman sosial,” jelas Nora Danish.

rotikaya.com

Namun, Beliau Mengaku Berada Dalam Bangunan Yang Sama Ketika Serbuan Dibuat

Image via rotikaya.com

“Tempat itu adalah sebuah bangunan. Bangunan tu atas sekali dia helipad, buat restoran makan juga yang dipanggi The Roof, di bawah itu pula ada restoran bernama Signature, sebelah itu ada kantin dan kelab malam itu pula terletak di pintu lain. Ingin saya terangkan bahawa saya bukan celebrate birthday saya di dalam kelab malam tersebut,” tambah beliau.

ohbulan.com

Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Jadi Ke-32 Nora Danish

Image via ohbulan.com

Gambar-gambar yang dimuat naik Nora Danish

Image via ohartis.com
Image via rotikaya.com
Image via rotikaya.com
Image via rotikaya.com
Image via rotikaya.com
Image via rotikaya.com

Masing-Masing Tahu Tentang Kisah Percintaan Nora Dan Nedim. Adakah Mereka Akan Berkahwin Kelak?

You may be interested in: