seismik

Belum Mampu Beri Menantu, Pemuda Ini Hadiahkan iPhone 11 Pada Bapa Buat Ramai Terpegun!

Comel je reaksi bapa Amsyar ini.

Cover image via Twitter @Amsyarnaif

Pasti seronok bukan dapat menggembirakan hati ibu dan bapa kita?

Iyalah, sudah banyak pengorbanan yang telah dilakukan ibu dan bapa demi membesarkan anak-anak supaya menjadi manusia yang berguna.

Bahkan, mereka sanggup berkorban nyawa, masa, tenaga, serta wang dalam membesarkan anak tersayang sehingga penat lelah ditolak ke tepi asalkan anak sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.

Image via Kompasiana

Oleh itu, kita seharusnya menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada untuk membalas jasa-jasa ibu dan bapa kita.

Walaupun mustahil dan tidak terbalas segala jasa dan pengorbanan mereka, namun begitu, cubalah sedaya-upaya untuk memberikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada mereka dalam apa jua bentuk sekalipun.

Baru-baru ini viral di laman media sebuah video menunjukkan seorang pemuda menghadiahkan bapanya iPhone 11

Dalam video yang dimuat naik oleh Amsyar di laman Twitter itu, dapat dilihat dia telah memberi kejutan kepada bapanya dengan meletakkan telefon bimbit tersebut di dalam dashboard kereta.

Berdasarkan caption yang dikongsikan Amsyar, dia sempat berseloroh menyatakan dia memilih untuk menghadiahkan bapanya iPhone 11 gara-gara belum mampu memberikan seorang menantu.

Ternyata bapanya betul-betul teruja dan gembira dengan hadiah tersebut meskipun wajahnya tidak terlalu kelihatan. 

Lihat sahaja video di bawah:

Susulan dari tularnya video itu, ternyata ramai yang turut sama teruja dan memuji sikap Amsyar yang telah memberi hadiah kepada bapanya

Rata-rata warganet meninggalkan komen positif dengan menyatakan mereka turut sama sebak dengan reaksi bapanya dan mendoakan agar pemuda itu dimurahkan rezeki berikutan membuat bapanya gembira.

Antara komen menarik dari warganet:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Gadis ini pun dapat iPhone dari keluarga!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: