seismik

Beli Rumah Usang Berusia 30 Tahun, Transformasi Rumah Ini Lepas Diubah Suai Serius Cantik!

Baru dua bulan siap, ada yang dah 'offer' untuk beli pada harga RM320,000 tau!

Cover image via Azmeer Yusof

Sehingga ke hari ini, ramai dalam kalangan kita yang masih teragak-agak untuk membeli aset seperti tanah mahupun rumah kerana harganya yang terlalu mahal

Apatah lagi melihat kepada situasi ekonomi terkini yang tidak menentu, pasti ramai mengambil langkah berjaga-jaga untuk membeli sesuatu kerana khuatir dengan sebarang risiko yang bakal berlaku.

Gambar sekadar hiasan

Image via Taman hartanah

Walaubagaimanapun, masih ada yang mengambil langkah berani untuk melabur dengan membeli aset hartanah demi kesenangan hidup pada masa hadapan.

Tidak semestinya hanya perlu membeli rumah baru, seseorang itu juga boleh memilih untuk membeli rumah lelong ataupun rumah second hand dan menjadikan ia seperti rumah baru semula.

Seperti perkongsian ini, seorang individu telah membuat percaturan berani apabila beliau membeli rumah usang yang telah ditinggalkan selama 30 tahun

Individu yang dimaksudkan adalah Azmeer Yusof yang juga merupakan pemain pertahanan bagi negeri jelapang padi, Kedah.

Perkongsian itu telah dibuat oleh Azmeer di laman Facebook miliknya baru-baru ini.

Apa yang menariknya, dengan hanya bermodalkan RM60,000, rumah itu telah berjaya ditransformasikan dengan begitu cantik persis seperti rumah baru.

Jadi apa kata anda lihat perkongsian penuh beliau di bawah ini:

Tak nampak langsung tanah, semua dah jadi rimba!

Kegilaan apakah ini beli rumah yang dah ditinggalkan hampir 30 tahun. Dan agent penjual tanah memberi tahu, saya orang yang entah ke berapa datang tengok tanah tersebut.

Seseorang memberitahu tanah ini untuk dijual. Saya terus ambil keputusan untuk tengok sendiri tanah ini kerana tanah ini betul-betul di tengah Alor Setar. Tambahan pula, tanah ini berkeluasan 4500sqft. So pada saya agak besar kerana tanah saya di Gombak hanya 2000sqft.

Setibanya saya di tanah ini, mengucap panjang saya. Allah Allah.. Sejengkal tanah langsung tak nampak. Semuanya dah jadi RIMBA ! Saya gagahkan diri juga sambil membaca apa yang patut dalam hati untuk masuk ke tanah tersebut & melihat tinggalan rumah usang di tanah itu. Seriusly sangat2 teruk & setahu saya rumah tu dah jadi ‘ port.’ Dan ofcoz rumah tersebut sangat2 menakutkan. Pokok sebesar peluk orang dewasa berada di tengah2 ruang tamu rumah. Tandas yg terlalu gelap gelita kerana owner lama tak letak tingkap. Banyak lagi nk cerita benda yg menyeramkan masa saya datang tengok.

But its ok ! Saya nekadkan juga utk beli tanah tersebut kerana pada saya rumah boleh dibina. Tapi tanah tersebut takkan dapat dah di tengah2 Alor Setar. Haaa.. Yg lagi buatkan saya nk beli kerana tembok rumah masih utuh. 

Tapi senekad-nekad saya pun, restu mak ayah penting. Saya call mak ayah minta pendapat. Ayah saya cakap tanya dulu jiran2 berdekatan rumah tu ditinggalkan puluhan tahun kerana hantu atau saja2 tinggal. Its funny right? Tapi kata2 mak ayah kita kena dengar. Saya bertanya kpd jiran terdekat & jiran tersebut mengatakan ‘ kelia-kelia, xdak apa aih ‘. Selepas itu terjadinya pembelian rumah usang & tanah sebesar 4500sqft, Alhamdulillah.

Kepuasan hati apabila dapat repair rumah usang menjadi ‘SEBUAH RUMAH.’

Niat sebenar nak hancurkan terus rumah usang tu. Tapi ayah saya cakap bangunan asal masih kuat. So saya & team plan satu rancangan utk menggunakan struktur asal & repair apa yg patut.

Betul kata orang. Repair lebih mahal dari membina. Tapi takpa, kepuasan hati apabila dapat repair rumah usang menjadi ‘ SEBUAH RUMAH.’

Saya berhabisan 60k untuk repair & lengkapkan segala-galanya. Kepuasan hati tidak boleh dibeli. Skrg saya puas hati dgn apa yg saya buat walaupun ramai yg cakap lebih baik bina rumah baru. Dan sekali lagi saya mohon PERSONAL LOAN 50k utk repair rumah ini. SO DALAM HIDUP SAYA PERSONAL LOAN YG SAYA MOHON HANYA UTK PERKARA2 SEBEGINI, BUKAN UTK BERJOLI.

Ok lupa nak beritahu. Saya beli tanah ini dgn harga 140k. So total semua 200k. Dan in syaa Allah lagi 2 tahun saya habis baya utk semuanya yg saya hutang atas tanah ini.

So kpd sahabat2 saya yg membaca ni, JUST BUY TANAH & RUMAH walaupun ianya USANG. Takkan rugi kerana semasa saya repair rumah ini, seseorang datang offer nak beli 320k. Can u imagine hanya sebulan 2 someone dtg offer utk beli 320k ! So now berapa agak2 market value tanah & rumah saya ni? 

Lihat transformasi rumah usang berusia 30 tahun ini selepas diubah suai!

Tak rugi melabur kalau kita tahu caranya. Diharapkan agar kisah ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jom tengok idea ubah suai rumah yang lain di sini:

You may be interested in: