seismik

#Belanjawan2021: Kakitangan Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM600

Bayaran akan dibuat pada awal 2021.

Cover image via Parlimen Malaysia (YouTube) & Johor Press

Berita baik buat kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah kerana bakal menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM600

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini berkata bagi pesara kerajaan dan veteren tidak berpencen pula bantuan khas kewangan RM300 akan diberikan.

Katanya kedua-dua bantuan ini akan dibayar pada awal 2021.

“Sejak dilantik sebagai menteri hampir lapan bulan lalu, dan datangnya saya daripada sektor korporat, mata saya terbuka kepada betapa komitednya dan teguh setianya penjawat awam dalam menjalankan amanah yang diberi.

“Tanpa mengenal penat lelah, mereka berkhidmat melangkaui ekspektasi, and rose beyond the call of duty untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi,” katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Culture Trip

Ikuti perkembangan terkini di #Belanjawan2021 dan Like Facebook serta Follow Twitter SAYS Seismik sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel mengenai #Belanjawan2021 yang sedang trending hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: