seismik

#Belanjawan2021: Diluluskan & Dapat Sokongan Majoriti Ahli Parlimen Kerajaan, Pembangkang

Tanpa melalui undian belah bahagi.

Cover image via Berita Harian

Akhirnya Dewan Rakyat hari ini bersetuju untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021

Menurut laporan, RUU itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa melalui undian belah bahagi.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, pada jam 3.28 petang.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menggulung perbahasan selama kira-kira sejam.

Kelulusan RUU berkenaan akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.

Tidak cukup 15 orang sokongan untuk undi belah bagi, jadi saya kira lebih suara bersetuju, jadi usul disetuju sebulat suara.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: