seismik

#Belanjawan2020: Harga Internet Jalur Lebar Turun 49% Dan Kini 3x Lebih Laju!

Peruntukan juga lebih besar untuk tahun ini.

Cover image via

Dalam pembentangan #Belanjawan2020 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan pengurangan harga Internet jalur lebar sebanyak 49%

Pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) bukan sahaja telah berjaya mengurangkan harga jalur lebar sebanyak 49%, malah mempercepatkan kelajuan jalur lebar sebanyak 3x ganda!

Tambahan lagi, SKMM memperuntukkan RM250 juta untuk menyediakan akses jalur lebar di kawasan pedalaman Malaysia, terutamanya Sabah dan Sarawak

Kerajaan turut bersedia menghadapi gelombang perubahan 5G dengan menyediakan Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta.

Selain itu, kerajaan memperuntukkan RM210 juta untuk mempercepatkan infrastruktur digital di bangunan awam terutamanya sekolah dan kawasan berimpak tinggi.

Ikuti Facebook dan Twitter kami untuk maklumat lanjut

Image via imgur.com

You may be interested in: