seismik

Bekas Pegawai SPRM Buat Dua Laporan Polis Ke Atas Najib

Beliau juga berkata, 'Umur saya sudah 69 tahun dan jika saya mati, saya mati untuk negara.'

Cover image via Harian Metro

Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Image via FMT

Menurut The Star, Datuk Abdul Razak Idris iaitu bekas penyiasat SPRM dan pengarah perisikan telah membuat dua laporan di agensi penembakan rasuah pada pagi ini dan mendakwa bahawa Najib telah menggunakan kedudukan dan pangkatnya untuk memuaskan hati dan didakwa mempunyai harta yang tidak dapat dijelaskan.

"Saya membuat laporan polis hari ini adalah supaya pihak SPRM boleh mengambil tindakan pantas," katanya kepada pemberita sebelum memasuki ibu pejabat SPRM untuk membuat laporan pagi tadi

Image via MyNewsHub

Selain itu, beliau juga berkata akan berbincang dengan para pegawai yang lain jika perlu membuat laporan lain di sini atau dengan pegawai polis di bawah Seksyen 217 dan 218 Kanun Keseksaan di mana penjawat awam tertentu menyelamatkan seseorang daripada hukuman atau kerugian harta.

"Kami juga tidak tahu sama ada Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad akan digantikan oleh pendahulu beliau iaitu Tan Sri Abu Kassim," kata Datuk Abdul Razak Idris.

Ketika ditanya berkenaan dengan mengapa beliau memutuskan untuk membuat laporan sekarang, Abdul Razak mendakwa bahawa tidak guna jika laporan dibuat pada waktu dahulu kerana tiada sebarang tindakan akan diambil

Beliau juga berkata bahawa 'bekas bos' beliau yang menggesa beliau untuk membuat laporan ini, namun beliau lebih selesa untuk tidak menamakan orang itu.

Malahan, ada juga pihak yang bimbang atas tindakan yang dilakukan. Namun beliau mengatakan semuanya akan baik-baik sahaja.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca berita terkini hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: