seismik

Bekas CEO MAS Christoph Mueller Sah Sertai Emirates. Siap Ada Jawatan Khas!

Bye MAS. Hello Emirates.

Cover image via SAYS

Pada April 2016, Christoph Mueller mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) pada September selepas hanya setahun berkhidmat

Image via vulcanpost.com

Perletakan jawatan Christoph Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sememangnya tidak dijangka kerana kontrak beliau masih lagi berbaki 2 tahun.

Walaubagaimanapun, beliau memberitahu untuk berhenti atas faktor peribadi.

"Saya bangga dengan apa yang telah dicapai sebagai satu pasukan dalam masa yang singkat. Malangnya, keadaan peribadi menyukarkan saya untuk berkhidmat sepanjang tempoh sepenuhnya," kata Mueller.

Dan kini, Christoph Mueller telah sah menyertai Emirates Airline, syarikat penerbangan terbesar dunia yang berpangkalan di Dubai, UAE

Lebih menarik, Emirates menubuhkan satu jawatan khas buat Mueller yang dikenali sebagai Ketua Pegawai Digital dan Inovasi.

Beliau yang meninggalkan MAS bulan ini tidak berehat dengan terus menyambung tugasnya bersama Emirates, berkuatkuasa pada 20 September 2016.

"Mueller diberi jawatan yang baru dicipta bagi memainkan peranan yang beerti dalam pengurusan syarikat yang menjana trafik antarabangsa terbesar dunia itu," memetik laporan Bloomberg.

Mueller sebelum ini pernah mencetus kontroversi apabila membuat keputusan untuk membuang 6,000 pekerja sekali gus. Alasannya?

"Ketika saya berjalan di hangar, ada pekerja yang tidur."

"Di sebalik pelbagai pengumuman kerajaan, pemulihan MAS tidak dilaksanakan ketika saya mula-mula menjadi CEO.

"Ramai di kalangan 20,000 kakitangan yang bekerja untuk syarikat itu tidak mempunyai apa-apa untuk dilakukan.

"Malah, ketika saya berjalan di hangar, ada pekerja yang tidur. Sebab itu, saya terpaksa radikal mengurangkan 6,000 pekerjaan," kongsi Muller kepada stesen penyiar Jerman, Deutsche Welle (DW).

malaysiakini.com
Image via thecoverage.my

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Juga di SAYS:

You may be interested in: