Bayaran Dam & Korban Di Tanah Suci Bagi Musim Haji Tahun Ini Ditetapkan RM875
Bakal jemaah boleh melakukan pembayaran dam melalui aplikasi ThiJARI dan kaunter pejabat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lembaga Tabung Haji (TH) menetapkan kadar RM875 untuk bayaran dam dan korban haji di Tanah Suci untuk setiap ekor qibas bagi musim haji tahun ini
Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Syed Hamadah Syed Othman berkata pembayaran dam boleh dilakukan jemaah haji tahun ini melalui aplikasi ThiJARI dan kaunter pejabat manakala penyertaan korban terbuka untuk semua pendeposit TH.
"TH terus menyediakan perkhidmatan bayaran dam buat bakal jemaah haji bagi musim haji tahun ini, bermula pada Jumaat, 28 Mac sehingga 3 Julai.
"Pembayaran penyertaan korban di Tanah Suci boleh dibuat oleh semua pendeposit TH bermula dari 28 Mac sehingga 31 Mei," katanya.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman.
Image via BernamaPara jemaah haji dinasihatkan berhati-hati untuk tidak terpedaya dengan tawaran pembayaran dam dan korban daripada agensi yang mencurigakan
Tambahnya, bagi urusan dam dan korban, pihak TH akan bekerjasama bersama The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilisation of Hady & Adahi (ADAHI), sebuah organisasi pembekal haiwan sembelihan yang diiktiraf Kerajaan Arab Saudi.
"Selaras dengan keputusan Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji TH, bakal haji yang melaksanakan ibadah haji Tamattu' dan Qiran digalakkan untuk melaksanakan bayaran dam pada kadar semasa sebelum tiba di Tanah Suci kerana lebih mudah," katanya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sebarang tawaran pembayaran dam dan korban yang mencurigakan daripada agensi pelancongan atau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!