seismik

“Bayar Cukai Dekat Mana?” - Cara Mat Salleh Ini Sebut Kerajaan Jadi Cekerakaan Undang Tawa

Oh macam tu sebutnya.

Cover image via @rhainna_natasha (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Apabila menetap di negara orang, kita pasti akan bersungguh-sungguh untuk belajar bahasa ibunda mereka bukan?

Sama juga dengan orang dari negara lain yang menetap di Malaysia, mereka pun mencuba sedaya upaya untuk fasih berbahasa Melayu. Namun, pasti ada cabarannya seperti mereka tersalah faham atau tersilap sebut perkataan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang Mat Salleh yang tersalah sebut kerajaan telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

@rhainna_natasha Bayar cukai dekat cekerakaan pun boleh lah #fyp #foryoupage original sound - Rhainna

Confident sebut kerajaan jadi cekerakaan, isteri pula boleh iyakan saja

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rhainna_natasha, kelihatan dia sedang bertanya kepada suaminya yang merupakan seorang Mat Salleh tentang kepada siapa kita membayar cukai. 

Apa yang menghiburkan adalah apabila suaminya itu tersalah sebut kerajaan menjadi cekerakaan. Lebih melucukan, walaupun isterinya beberapa kali menyuruhnya sebut kembali tetapi Mat Salleh itu tetap confident menyebut cekerakaan. 

Hal ini membuatkan isterinya mengiyakan sahaja jawapan suaminya itu.

"Take note ya semua, kita bayar cukai dekat cekerakaan" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun mendapat 218.2K tontonan, 19.7K tanda suka serta 443 perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar cara Mat Saleh itu menyebutkan kerajaan. Malah, ada juga yang berseloroh mereka yang tersalah sebut selama ini.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, kelakar betul! Walaupun suruh ulang banyak kali, jawapan dia masih confident cekerakaan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: