seismik

“Bau Air Longkang” - Budak Lelaki Ini Sanggup Diseret Untuk Rakam Video Rakannya

Nasib baik tak tersekat kepala kau tu dik.

Cover image via @shafie_sha (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Medium aplikasi TikTok telah menjadi satu platform untuk masyarakat berkarya dan menunjukkan kreativiti

Dengan munculnya pelbagai trend dan challenge di TikTok, ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi lebih kreatif dalam menyampaikan sebuah content. Bukan setakat itu saja, malah melalui aplikasi tersebut juga kita boleh belajar banyak tips dalam kehidupan seharian.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan tiga orang budak lelaki sedang shooting di kawasan parit telah mendapat perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@shafie_sha

Bkn hnya sekadar konten hanya sekadar hiburan

nhạc nền - Mimami - Emilc___

Sanggup diseret dalam air longkang untuk rakam kawan tapi lain pula yang jadi

 Menerusi video yang dimuat naik oleh @shafie_sha daripada Indonesia itu, kelihatan mereka bertiga sedang melakukan shooting di kawasan parit.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila tiga budak lelaki itu gigih menjalankan tugas masing-masing. Seorang budak lelaki sedang posing sambil berjalan. Seorang lagi baring dalam longkang sambil merakam. Manakala, seorang lagi menyeret kawannya yang baring dalam longkang.

Tetapi apa yang bikin netizen dekah adalah lelaki yang ditugaskan untuk merakam itu ternyata merakam muka dirinya sendiri.

"Yang jalan kaki tu elok balik tidur la" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan tiga orang budak lelaki tersebut. Malah, ada juga yang menyakat mereka. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu mendapat 6.5M tontonan, 412K tanda suka, 11K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: 

Gigih betul, kesian member syok posing tapi kau tak rakam dia dik :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: