seismik

Perhimpunan Pra-Bersih Di Batu Pahat Berjalan Lancar Manakala US & Jerman Sokong Bersih 4

Perhimpunan Pre-Bersih 4.0 yang diadakan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Malaysia yang akan menyertai perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu ini.

Cover image via www.facebook.com

[TERKINI] Bersih Ugut Saman SKMM Jika Mereka Masih Mahu Sekat Laman Web

Bersih 2.0 mengancam untuk menyaman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melainkan ia menarik balik sekatan laman web yang menyebarkan maklumat mengenai perhimpunan Bersih 4.0.

mstar.com.my

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata keputusan SKMM bertentangan dengan hak perlembagaan

"Ia bertentangan dengan hak untuk mendapatkan maklumat, dan kita bercakap mengenai melaksanakan akta terhadap hak untuk mendapatkan maklumat," katanya.

mstar.com.my

Maria menambah perhimpunan Bersih 4.0 banyak bergantung kepada sosial media dan Internet dan sekatan ini akan mendatangkan kesulitan

Image via layzeebee.com

Maria berkata, penganjur perhimpunan bergantung kepada sosial media dan internet untuk keselamatan, kawalan orang ramai dan menangani maklumat yang salah.

"Kita benar-benar bergantung kepada internet untuk menyebarkan maklumat. Menghentikannya hanya akan menyebabkan kita berhadapan dengan kesulitan," tambah Maria.

mstar.com.my

Selain itu, Maria juga berkata SKMM tiada hak untuk untuk menyekat laman web yang mempromosikan bersih

Image via www.tumblr.com

"Kita akan saman mereka jika mereka tidak tarik balik (sekatan). Ia benar-benar bertentangan dengan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat. Mereka tak ada hak untuk menyekat," katanya.

mstar.com.my

Semalam, SKMM memutuskan untuk menyekat laman-laman web yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan jalanan Bersih 4.0

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, SKMM berkata, perkara itu berikutan perhimpunan tersebut boleh mengganggu-gugat kestabilan negara seperti ditegaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini.

utusan.com.my

SKMM menambah kebanyakkan risalah yang diedarkan oleh Bersih 4.0 banyak menghasut rakyat melakukan perkara negatif yang boleh mendatangkan keburukkan

"Bersih 4.0 juga didapati menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan," menurut SKMM.

bharian.com.my

SKMM menyatakan pelbagai kegiatan Bersih 4 juga memberi kesan buruk kepada imej negara

Menerusi pelbagai kegiatannya, kata SKMM, Bersih 4.0 telah memberi kesan buruk kepada imej negara bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi serta kedaulatan negara.

utusan.com.my

27 Ogos 2015, 7pm: Sekumpulan besar penyokong Bersih 4.0 semalam berkumpul di Dataran Batu Pahat, Johor yang dikatakan sebagai pre-perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan secara besar-besaran hujung minggu ini

Sehubungan dengan itu, SKMM menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam menyerbarkan maklumat di laman sosial dan internet terutama kandungan yang menyalahi udang-undang

Image via rebloggy.com

Suruhanjaya itu juga meminta orang ramai membuat aduan jika mempunyai maklumat mengenai laman web dan media sosial yang menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi.

bharian.com.my

ADUN Penggaram Gan Peck Cheng menerusi laman Facebook berkata, perhimpunan semalam bertujuan untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia yang akan menyertai Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini

Menurut Kwee Tiang Chin, 65, salah seorang yang hadir di Dataran Batu Pahat semalam, perhimpunan itu berlangsung dengan aman dan penuh dengan laungan ‘Bersih’ dan 'Daulat Tuanku'

“Terdapat pelbagai peringkat umur yang hadir semalam dan bila pengerusi majlis bercakap mengenai Sultan, semua orang berkata ‘Daulat Tuanku’," jelas Kwee.

Kwee juga berkata terdapat pihak polis berada di tempat kejadian dan semuanya dapat dikawal.

thestar.com.my

Antara agenda perhimpunan Pre-Bersih 4.0 “Karnival Demokrasi” Sempena Hari Kebangsaan semalam adalah menyanyikan lagu Negaraku, bacaan doa, sesi bergambar bersama, pemberian bendera Malaysia, tandatangan di banner, dan sesi bergambar dengan poster

Dalam pada itu, kedutaan Amerika Syarikat dan Jerman dilaporkan akan memantau perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu ini

Image via www.dw.com

Dalam emel kepada Bernama, Kedutaan AS berkata: "Amerika Syarikat mengambil maklum tentang bantahan secara aman yang akan diadakan itu dan menyokong kebebasan bersuara, berpersatuan dan berhimpun secara aman".

kosmo.com.my

Manakala kedutaan Jerman berkata ia menyokong kebebasan bersuara dan hak untuk berhimpun secara aman

"Jerman memperjuangkan tadbir urus baik, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang," kata jurucakap kedutaan itu.

kosmo.com.my

Bernama juga melaporkan Suruhanjaya Tinggi Kanada dan Australia enggan mengulas tentang perkara itu manakala manakala Suruhanjaya Tinggi Britain pula tidak dapat dihubungi.

Perhimpunan Bersih 4.0 ini dijadual berlangsung dari pukul 2 petang, Sabtu 29 Ogos hingga tengah malam Ahad (30 Ogos) ini dan diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kuching di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah

Image via vulcanpost.com

Nak tahu apa yang anda kena buat kalau nak join Bersih 4.0? BACA SINI:

You may be interested in: