seismik

"Baru Nak Sedih" - Mak Teruja Rakam Anak Ambil Hadiah, Tiba-Tiba Lain Pula Yang Jadi

Allahu dik, kenapa mesti depan kamera.

Cover image via @fizaschantique (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu bapa merupakan insan yang paling gembira apabila melihat anak naik ke pentas untuk menerima hadiah

Iyalah, siapa tak bangga dapat membesarkan anak dengan bagus dan membuahkan hasil bukan? Momen itu pastinya ingin dirakam sebagai kenangan kelak.

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang wanita terakam satu insiden lucu ketika majlis anugerah cemerlang anaknya telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru nak seronok rakam video anak tengah ambil hadiah, tiba-tiba lain pula yang jadi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fizaschantique, kelihatan wanita itu sedang berada di majlis anugerah cemerlang tadika anak perempuannya

Pada awal video, anaknya dilihat menuju ke arah gurunya untuk menerima hadiah dan situasi ketika itu nampak normal saja.

Namun, tiba-tiba wanita itu terakam satu insiden lucu. Seorang budak lelaki berbaju biru tiba-tiba lalu di depan kameranya sambil mengorek punggung. Aksinya yang rileks itu ternyata membuatkan ramai terhibur.

"Betul-betul stop depan camera. Lagu dah sedih tiba-tiba ada iklan, buat hal betul lah haha" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 862.6K views, 34K likes dan 1.9K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi spontan dan lucu budak lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Selamba je awak ya dik, tak pandang kiri kanan langsung. Feeling betul tu :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: