seismik

Baru Je Naik, Mamat Ini Dah Terpelanting Dulu Sampai Abang Banana Boat Kena Patah Balik

Nasib baik tak kena tinggal terus.

Cover image via @amrllakml (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Apabila membuat aktiviti di pantai, banana boat pasti menjadi salah satu tarikan istimewa bagi para pelancong

Tambahan pula bagi mereka yang gemarkan aktiviti extreme, memang sesuailah jika menaiki banana boat yang akan menjatuhkan kita di tengah laut secara tiba-tiba.

Namun, lain pula yang terjadi kepada pemuda ini apabila satu insiden menimpanya ketika menaiki banana boat bersama kawan-kawan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Banana boat gone wrong, belum apa-apa lagi dah terpelanting

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amrllakml, kelihatan dia dan kawan-kawannya sedang bercuti di sebuah pulau dan mereka menaiki banana boat bersama-sama.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila pemuda itu yang duduk di posisi balik belakang secara tiba-tiba terpelanting seorang diri sebaik saja bot baru bergerak.

Lebih melucukan lagi, pemandu bot yang perasan akan kehilangannya telah patah balik untuk mengambilnya semula sebelum aktiviti itu bermula.

Manakala, kawan-kawannya hanya mampu tergelak kerana tidak ada seorang pun yang sedar dia telah terpelanting dan tertinggal di belakang.

"Hahaha aku faham bang perasaan kau, auto panic weh kalau kena tinggal jauh" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 162.7K tontonan, 20.6K tanda suka serta 343 perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat insiden lucu yang berlaku kepada pemuda itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Nasib baik abang bot tu sanggup patah balik, kalau tak terkapai-kapailah kau kat situ bang :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: