Barangan Asas & Pertanian Tidak Akan Dikenakan Cukai Semakan Semula Mulai 1 Julai Ini
Difahamkan, pelbagai kemudahan turut disediakan bagi mengurangkan kesan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Barangan keperluan asas dan bahan pembinaan masih dikekalkan tanpa dikenakan cukai jualan
Menerusi kenyataan di Facebook Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu kerajaan mengambil langkah untuk tidak mengenakan cukai jualan ke atas barangan keperluan asas harian supaya tidak memberi kesan secara langsung kepada kos sara hidup majoriti rakyat.
“Bagi memastikan rakyat terbanyak tidak terkesan daripada semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kerajaan mengambil pendekatan yang bersasar untuk memastikan barangan dan perkhidmatan asas tidak dikenakan cukai.
“Selain itu, pelbagai kemudahan turut disediakan bagi mengurangkan kesan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS),” katanya .
Cukai bagi mengelakkan kos sara hidup rakyat
Tambah beliau, untuk melengkapi usaha kerajaan untuk merancakkan ekonomi dan memperkukuh jaringan keselamatan sosial, hasil tambahan daripada penambah baikan SST ini akan membolehkan penambah baikan lanjut dalam perkhidmatan awam.
"Hasil ini dapat dimanfaatkan seluruh negara tanpa menambah beban kepada majoriti rakyat," katanya.
Semakan semula SST telah melalui proses libat urus bersama pihak berkepentingan, khususnya persatuan industri dan ejen percukaian.
Menurutnya penyediaan perundangan turut mengambil kira maklum balas serta input industri bagi memastikan majoriti rakyat tidak terjejas dan kesan terhadap pihak industri dapat diminimumkan.
Secara amnya, semakan kadar CJ dan peluasan skop CP merangkumi perkara-perkara berikut iaitu kadar CJ kekal tidak dinaikkan ke atas barangan keperluan asas yang digunakan oleh rakyat; dan kadar CJ sebanyak lima peratus atau 10 peratus dikenakan ke atas barangan pilihan dan bukan keperluan asas.
Selain itu, skop kenaan CP diperluas kepada perkhidmatan baharu seperti sewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.
Peluasan ini disertakan dengan pengecualian terpilih untuk mengelakkan cukai berganda serta memastikan perkhidmatan keperluan tertentu untuk warganegara Malaysia tidak dikenakan cukai.
Amir Hamzah berkata, kerajaan juga mengambil kira keperluan bagi pematuhan perundangan kepada syarikat yang akan tertakluk kepada SST.
"Bagi syarikat yang mengambil tindakan untuk mematuhi syarat perundangan SST yang ditetapkan, tiada tindakan pendakwaan dan penalti akan dikenakan sehingga 31 Disember 2025," katanya.
Di dalam lampiran yang disertakan dalam kenyataan itu, di bawah semakan kadar CJ, barangan keperluan asas harian berkadar CJ sifar peratus yang dikekalkan adalah seperti ayam, lembu, kambing, ikan, udang, sotong, sayuran, buah-buahan tempatan, beras, barli, oat, gandum, tepung, sardin tin, gula, garam, roti putih, pasta, bihun, mi, mi segera, susu, minyak masak, ubat, peranti perubatan, buku, jurnal, surat khabar dan makanan peliharaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!