seismik

"Abah Nak Cuba Boleh?" - Ramai Tersentuh Hati Bapa Ini 'Pinjam' Jubah Konvokesyen Anak

Setiap kejayaan yang tercapai oleh para graduan adalah disebabkan berkat serta sokongan ibu bapa dan ahli keluarga.

Cover image via Twitter @AimanHamizan

Istiadat konvokesyen merupakan satu majlis yang berprestij dan disambut secara meriahnya di setiap universiti

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Facebook ACCA KDU (PAC)

Majlis Konvokesyen diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka.

Istiadat ini sememangnya akan menjadi antara hari yang bersejarah buat mereka yang bergelar pelajar di institut pengajian tinggi. Manakan tidak, selepas penat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan di samping ada yang berhempas pulas tidak tidur malam bagi menyiapkan tugasan demi tugasan untuk mendapatkan segulung ijazah, hari istiadat ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via KDU

Walaupun begitu, di sebalik setiap kejayaan seseorang graduan itu, terdapat pengorbanan tidak terhingga yang dilakukan para ibu bapa.

Majlis Konvokesyen bukan sahaja hari di mana kita meraikan para graduan, tetapi waktu itu jugalah masa untuk kita meraikannya bersama ibu bapa di atas segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan mereka kerana telah membesarkan kita di samping mendidik sehingga berjaya ke menara gading.

Baru-baru ini seorang pemuda telah berkongsikan video bapanya memakai jubah konvokesyennya yang ternyata telah menyentuh hati orang ramai

Aiman Hamizan yang baru bergelar graduan pemasaran di Kolej Damansara Utama (KDU) telah memuat naik sebuah video memaparkan bapanya mengenakan jubah konvokesyen dia. Difahamkan juga, bapanya telah meminta untuk dipinjamkan jubah itu kerana tidak pernah merasa memakai jubah konvokesyen sendiri.

Menurut Aiman, bapanya merupakan idola kepada dirinya kerana sentiasa meletakkan keluarga di tangga teratas berbanding perkara-perkara lain.

"Abah seorang yang baik, suka membantu orang yang memerlukan, dan tidak lekang dalam memberikan nasihat serta motivasi yang terbaik," ujar anak kedua daripada empat beradik itu.

Ekoran tularnya tweet itu, ternyata ramai warganet yang tersentuh dengan video tersebut dan masing-masing mengucapkan tahniah kepada Aiman di samping memuji 'kecomelan' bapanya.

Menariknya, terdapat juga beberapa orang warganet yang mula berkongsikan video serta gambar ibu bapa masing-masing memakai jubah konvokesyen mereka.

Nak tengok lagi gambar-gambar ibu bapa mengenakan jubah konvokesyen anak-anak mereka? Lihat sahaja di bahagian reply tweet @AimanHamizan. Memang comel!

Ingat, setiap kejayaan yang tercapai oleh para graduan adalah disebabkan berkat serta sokongan ibu bapa dan ahli keluarga. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ibu ini berjaya mendidik 16 orang anaknya sehingga ke universiti!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: