seismik

Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Diberikan Kepada Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir – PM

Sebanyak RM100 juta untuk aktiviti pemulihan pasca banjir bagi membaik pulih rumah dan infrastruktur yang rosak.

Cover image via Ismail Sabri Yaakob (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain

Bantuan ini turut melibatkan Bantuan Wang Ihsan, di mana setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima sumbangan RM1,000 sama ada yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau tidak.

Susulan pengumuman mengenai peruntukan segera dan dana sedia ada bagi membantu mangsa-mangsa banjir semalam, Kerajaan dalam Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang tadi juga mengumumkan maklumat yang dikemaskini seperti berikut:

1. Mesyuarat telah membuat keputusan supaya Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan pengarahan kepada semua pihak berhubung tindakan-tindakan yang perlu dilakukan dengan segera

2. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan tetap menjadi sekretariat utama pengurusan bencana dan mengendalikan semua penyelarasan dan sekiranya sesuatu tindakan itu tidak dipatuhi maka MKN akan mengeluarkan arahan lanjut

3. Untuk membantu usahawan pula, pembiayaan kewangan diberikan sehingga RM5,000 melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pembiayaan ini adalah tanpa faedah atau keuntungan dengan tempoh bayaran yang bermula hanya selepas 6 bulan perjanjian pembiayaan ditandatangani.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

4. Kerajaan juga ingin mengumumkan bahawa Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang telah bersetuju menyumbang sebanyak RM50.8 juta bagi membantu usaha menangani bencana banjir dan usaha pemulihan pasca banjir

Ini adalah peningkatan lebih 100% berbanding jumlah RM25 juta yang diumumkan semalam. GLIC dan GLC yang telah menyumbang ini termasuklah Petronas; Yayasan Petronas; Khazanah Nasional dan Yayasan Hasanah; Yayasan Sime Darby; CIMB; Celcom; Telekom Malaysia; Yayasan UEM; dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dengan geran Kerajaan sebanyak RM25 juta, ini bermakna dana untuk usaha menangani impak banjir dan pemulihan pasca-banjir adalah RM75.8 juta.

5. Kerajaan bersetuju untuk memberikan dua bulan pengecualian sewa (rental waiver) kepada penyewa SME Bank's Entrepreneur Premises Complex yang terjejas akibat banjir

Kerajaan melalui SME Bank juga akan memudah cara permohonan penstrukturan semula pinjaman yang terjejas akibat banjir.

6. Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir melalui TEKUN Nasional

Koperasi yang terjejas juga akan dibantu melalui Bantuan Kecemasan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia sehingga RM30,000.

7. Mesyuarat turut bersetuju isu banjir di Taman Seri Muda, Shah Alam perlu diselesaikan dengan kadar segera

Sehubungan itu, Ismail Sabri telah mengarahkan semua agensi mengatur kerja dengan lebih agresif untuk membantu mangsa banjir di sana.

Sehingga petang ini sebanyak 41 bot, 16 lori juga aset-aset lain telah digerakkan ke Taman Seri Muda dengan kekuatan anggota pasukan penyelamat seramai 321 orang.

Selain itu, saya telah mengarahkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk:

a) Menggerakkan segera 20 aset pam mudah alih ke kawasan yang terjejas, tambahan kepada 4 buah pam sedia ada. Ini bertujuan untuk mengepam air dari kawasan yang mengalami banjir genang (yang biasa dikenali sebagai banjir termenung) ke sungai yang berhampiran. Pam-pam tambahan yang diperoleh daripada pelbagai agensi termasuk yang dimiliki oleh JPS Selangor akan digunakan untuk mengalirkan air genang ke Sungai Kelang.

b) Sementara itu, saya juga bersetuju dengan cadangan supaya beberapa bahagian benteng sungai dipecahkan atau ditebuk buat sementara untuk mengalirkan air genang segera keluar ke sungai. Lokasi penebukan sedang dimuktamadkan.

8. Kerajaan juga mengalu-alukan sekiranya ada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir tetapi perlu merujuk kepada Pusat Pengurusan Bencana Daerah terlebih dahulu

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: