seismik

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Sebanyak RM100 Bakal Diberikan Untuk Golongan Bujang

Namun, keputusan itu akan dikaji semua dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.

Cover image via Free Malaysia Today

Seperti yang sedia maklum, kerajaan telah menyediakan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 dan bakal diberikan untuk golongan bujang

Image via Kosmo

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan sendiri oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Lim Guan Eng melalui tweet yang dimuat naik di akaun Twitter @MOFmalaysia.

Bantuan Sara Hidup sebanyak RM100 itu akan diberikan kepada individu di bawah kategori bujang pada hujung bulan Mac ini. Wang itu akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia.

Image via Malaysia Dateline

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, bayaran ini akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu dan melibatkan peruntukan berjumlah RM300 juta

Kenyataan penuh di bawah:

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh New Straits Times, Perdana Menteri, Tun Mahathir juga menekankan bahawa kos sara hidup mesti diambil kira dan perhatian harus diberikan kepada mereka yang memerlukannya dalam masa terdekat.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada [email protected] jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: