seismik

#BantahOktoberFest: Netizen Luah Bantahan & Kongsi Pengalaman Hitam Tentang Pemandu Mabuk

Penganjuran Oktoberfest mendapat lampu hijau dari Menteri Wilayah Persekutuan asalkan ianya mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, negeri Terengganu dan Johor menolak penganjuran pesta tersebut

Cover image via Google

Bulan Oktober, bulan yang lazim dengan terma Oktoberfest, pesta arak besar-besaran yang diadakan setiap tahun di seluruh dunia.

Pesta Arak ini sebenarnya bermula dari sebuah bandar Munich yang terletak di Jerman.

Image via Smasa News

Negara Malaysia juga turut menganjurkan Oktoberfest, bahkan telah mendapat lampu hijau oleh Menteri Wilayah Persekutuan dengan syarat ianya perlu membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Penganjuran pesta arak ini mendapat respon yang berbelah bahagi kerana ada sesetengah pihak yang menganggap ianya relevan diadakan atas dasar negara kita yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan seharusnya menghormati agama masing-masing selagi ianya tidak menarik orang Islam untuk menyertai pesta tersebut.

Namun begitu, ada juga pihak yang merasakan ianya tidak relevan kerana akan mengganggu ketenteraman awam di samping agama Islam yang merupakan agama rasmi negara Malaysia dan mempunyai undang-undang ketat dari segi halal dan haram.

Baru-baru ini juga terdapat beberapa negeri yang menolak untuk dianjurkan pesta arak ini termasuklah negeri Terengganu dan Johor.

Susulan daripada itu, rata-rata pengguna di laman Twitter berkongsikan bahana penganjuran Oktoberfest yang dikatakan menggalakkan budaya meminum arak

Melalui hashtag #BantahOktoberFest dan #SayNoToOktoberFest, rata-rata pengguna Twitter telah berkongsikan pengalaman pahit yang dilalui dan dialami mereka oleh disebabkan arak.

Antara perkongsian netizen:

Lanjutan daripada itu, seorang doktor, Imelda Balchin turut menyatakan dukacitanya tentang kelulusan penganjuran pesta arak di Malaysia melalui laman Facebook miliknya

Dr. Imelda telah membuat perkongsian tentang bahayanya pengambilan arak kepada peminum kerana ianya yang boleh mengakibatkan pelbagai jenis kanser.

Antara perkongsian Dr. Imelda:

Image via Google

Penganjuran Oktoberfest di Malaysia adalah satu perkara yang BODOH. Anda tidak akan peroleh apa-apa daripadanya kecuali penyakit. Saya tidak pernah menyatakan apa-apa yang bodoh sepanjang hidup saya, tetapi INI ADALAH SANGAT BODOH.

Mengapa saya rasa perkara ini adalah BODOH?

Hari ini anak-anak perempuan saya sedih dengan berita bahawa guru kegemaran mereka ketika mereka bersekolah di England, telah meninggal dunia akibat kanser pankreas.

Samira bertanya, "Mummy, apa itu kanser pankreas?"

Saya menjelaskan, "Ia adalah salah satu daripada jenis kanser yang paling agresif. Apabila seseorang itu mendapat tahu bahawa mereka menghidap kanser pankreas, purata jangka hayat mereka hanya 5 bulan. Ini bermakna separuh daripada mereka akan meninggal dunia dalam tempoh 5 bulan."

Samira bertanya, "Tetapi mummy, apa yang menyebabkan kanser pankreas?"

Saya berkata, "Salah satu faktor kanser pankreas ialah meminum alkohol. Jika seseorang meminum 5 minuman beralkohol dalam satu tempoh, peluang mereka untuk mendapat kanser pankreas meningkat 3 kali lebih tinggi. Tetapi, apa yang kebanyakan orang tidak tahu ialah SATU MINUMAN ALKOHOL setiap hari meningkatkan risiko kanser kanser usus besar sebanyak 21% dan juga kanser payudara."

Samira bertanya, "Tetapi mummy, mengapa mereka minum alkohol?"

Saya tidak tahu Samira, ini merupakan budaya mereka. Tetapi badan organisasi kesihatan di Eropah kini sedang berusaha untuk meningkatkan kesedaran bahawa sudah tiba masanya UNTUK BERUBAH.

United Nations Gastroenterology (UEG) telah menasihati orang ramai bahawa sudah tiba masanya bagi orang Eropah untuk MENGHENTIKAN BUDAYA MEMINUM MINUMAN BERALKOHOL di samping meningkatkan kesedaran bahawa tahap pengambilan alkohol yang rendah juga boleh mengakibatkan KANSER PERUT.

Image via Malay Mail

Dengar sini semua. Oktoberfest adalah perayaan trandisional negara Jerman. Kenapa orang Malaysia juga perlu menganjurkan perayaan ini? Orang-orang Eropah sendiri cuba mengurangkan budaya minum ini serta memberi kesedaran tentang bahaya minuman beralkohol.

Oleh itu, penganjuran pesta minum TANPA memberi kesedaran kesihatan kepada orang ramai mengenai bahaya minuman beralkohol terlebih dahulu sama seperti menyerahkan dadah kepada kanak-kanak. Sekarang, adakah anda semua bersetuju dengan pendapat saya, bahawa ini adalah perkara yang bodoh untuk dilakukan?

Hentikan perkara mengarut ini, demi kesihatan kita semua.

Boleh baca perkongsian penuh Dr. Imelda di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel terkini di SAYS:

You may be interested in: