seismik

#Bajet2024: Kerajaan Setuju Beri Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 15 Peratus

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.

Cover image via PARLIMEN MALAYSIA (YouTube) & best-pay.com.my

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan setuju untuk meneruskan pemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Mac 2024

Diskaun 10 peratus untuk penyelesaian penuh pinjaman dan untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Kerajaan juga bersetuju untuk memberi diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengumumkan kebajikan pelajar universiti turut diambil berat. Bermula Januari 2024, yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan untuk tidak melebihi 1,500 ringgit. Ini supaya selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah 1,500 ringgit kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.

Pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian juga tidak akan disekat bagi mendaftar subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek. Sebarang peraturan pembayaran oleh universiti hendaklah mengambil kira kebajikan pelajar.

"Saya tidak akan sama sekali mengizinkan, mahasiswa khususnya daripada keluarga susah yang mendapat tempat di universiti awam dihalang atau dinafikan haknya daripada mendaftar hanya kerana tidak mampu melunaskan bayaran yuran kemasukan pengajian.

"Tidak ada duit untuk bayar yuran tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang
mahasiswa mengambil peperiksaan," jelas Anwar Ibrahim.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: