seismik

"Baik Bagi Yang Memerlukan" - Jual Tab Peranti Siswa, Ramai Kecam Tindakan Pelajar Ini

Jual semata-mata nak upgrade kepada iPad.

Cover image via Amanz & @iHX_Kimilol (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Umum mengetahui bahawa, kerajaan baru-baru ini telah memberikan tablet kepada pelajar yang memerlukan melalui Peranti Siswa

Inisiatif ini diberikan khusus kepada golongan B40 untuk membantu mereka dalam pelajaran terutamanya pada zaman digital ini. Ramai pelajar yang telah menerima tablet berjenama Samsung Tab A8 lengkap dengan keyboard dan pen digital. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah posting berkenaan pelajar menjual tablet yang diberikan telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di sini: 

Sanggup jual tablet sebab nak upgrade iPad

Menerusi posting berkenaan, terdapat pelajar yang menerima Peranti Siswa daripada kerajaan telah memuat naik gambar tablet itu untuk dijual melalui Carousell.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pelajar itu berniat untuk menjual peranti yang diterima. Alasannya ialah dia ingin upgrade perantinya itu kepada jenama iPad kerana perlu banyak buat notes dalam penulisan.  

Perkara itu membuatkan ramai berang dan kecewa dengan tindakan pelajar berkenaan. Situasi itu juga mengundang YB Syed Saddiq untuk mengupas isu ini. Beliau berkata kalau tak nak, boleh kembalikan untuk berikan kepada yang memerlukan.

"Tak bersyukurnya ada yang layak dapat tapi tak dapat ni dah dapat boleh pergi jual pulak" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 4K retweets, 1K quote tweets dan 5K likes di Twitter, rata-rata netizen turut kecewa dan marah.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Patut digunakan dengan baik, bukan senang nak tergolong dalam ramai pelajar lain untuk dapat free.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: