seismik

"Badan Terpelanting" - Pekerja Nak Buka Pintu Untuk Pengantin, Sekali Tersangkut Pula

Pintu pula tercabut, adui!

Cover image via @fiar49 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, majlis sanding pengantin akan diadakan di hotel atau dewan

Oleh sebab itu, pelbagai perancangan yang perlu disediakan oleh pasangan pengantin termasuklah dekorasi, pelamin dan atur cara majlis. Namun, bukan semua perkara akan berjalan dengan lancar.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila badan seorang pekerja hotel terpelanting jauh semasa ingin membukakan pintu untuk pengantin perempuan telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fiar49

Kejadian ngga terduga sebagai crew Wedding Organizer #fyp #wedding #weddingorganizer

original sound - fiar - fiar

Baru nak buka pintu, sekali pemegang pula tercabut

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang pekerja hotel sedang bersiap sedia untuk menunggu ketibaan pengantin perempuan. Apa yang melucukan adalah apabila salah seorang pekerja dilihat tidak dapat membuka pintu sebelah kiri.

Namun, pemegang pintu itu terlalu ketat sehingga tercabut apabila dia cuba membukanya. Malah, badannya juga terpelanting gara-gara menarik pemegang pintu yang berat itu. Situasi tersebut ternyata mengundang tawa ramai.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

"Member pintu sebelah be like, nasib baik aku ambil yang kanan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 11M tontonan, 1M tanda suka dan 48K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, senak perut tengok video tu. Kesian betul, kalah gam UHU! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: