seismik

[VIDEO] Lihat Cara Lelaki Ini Bantu Peniaga-Peniaga Kecil Yang Kesusahan. Memang Sebak!

Borong semua!

Cover image via YouTube Azfar Badrul

Semenjak dua menjak ini tular nama 'Azfar Badrul' di laman sosial yang mana orang ramai digesa untuk melihat video-videonya di akaun YouTube

Ini kerana di dalam channel YouTube Azfar Badrul, content video dia semua untuk membantu peniaga-peniaga kecil atau street food yang kesusahan tidak kira yang telah lama beroperasi mahupun yang masih baru dalam dunia perniagaan ini.

Di dalam setiap videonya, dia akan memborong semua barang niaga peniaga yang dia jumpa untuk disedekahkan kepada orang yang datang ke kedai tersebut.

Tambahan pula, pada akhir setiap videonya, dia juga akan memberi sedikit sumbangan kepada peniaga-peniaga ini yang ternyata mampu membuatkan bukan hanya mereka sebak, bahkan penonton turut tersentuh.

Image via Azfar Badrul

Pada masa yang sama, Azfar Badrul akan menolong peniaga-peniaga kecil ini dengan cara mempromosikan barang niaga mereka menerusi temubual.

Buat yang tidak tahu, wang yang digunakan untuk memborong barang niaga serta duit sumbangan itu sebenarnya adalah hasil iklan YouTube.

Antara video Borong Semua oleh Azfar Badrul:

Jadi, tunggu apa lagi? Boleh subcribe YouTube dan jangan skip tau iklan apabila menonton video Azfar Badrul

Selain itu, boleh juga singgah ke peniaga-peniaga kecil ini dan beli juadah jualan mereka.

Hasil tinjauan di laman Twitter, ramai yang menyokong apa yang dilakukan oleh Azfar Badrul ini!

Antara komen para netizen:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Image via Twitter

Alhamdulillah. Semoga Allah SWT memurahkan rezeki mereka yang ikhlas membantu orang lain. Amin.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Boleh bersedekah pada kucing juga!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: