seismik

"Awek Bergaya" - Pemuda Bawa Kucing Pergi Kedai Siap Suap Makanan Raih Perhatian Ramai

Single, takda masalah.

Cover image via @farisbundle (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pencinta haiwan sudah tentu akan memelihara haiwan kesayangan di rumah

Selain sifat mereka yang comel dan menggeramkan, mereka juga boleh dijadikan teman apabila kita sunyi. Ada yang memelihara kucing, kura-kura, hamster dan banyak lagi haiwan comel. 

Sama seperti video pemuda yang tular di TikTok baru-baru ini apabila dia membawa kucing kesayangannya ke kedai makan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Siap gayakan kucingnya dengan kaca mata dan baju

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda dan kucing peliharaannya sedang berada di sebuah kedai makan.

Sedang asyiknya pemuda itu makan nasi gulai, kucingnya dilihat mendekatinya untuk meminta makanan dengan manja. Pemuda itu kemudian menyuapkan makanan untuk kucingnya seolah-olah seperti mereka mempunyai hubungan.

Gaya dan fesyen kucingnya itu yang mengenakan kaca mata dan baju itu ternyata meraih perbualan ramai kerana kecomelannya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Pandai abang makeupkan kucing, macam kanak-kanak riang pula aku tengok" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 626K tontonan, 35K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mereka berdua. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi amboi, bertuah betul hidup kucing tu ya! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: