seismik

"Auto Suka Balik Kampung" - Nenek Makeover Ruang Tamu Jadi Kolam Mini Demi Cucu Kesayangan

It's my dream!

Cover image via @_ciknanaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai yang dilihat mengambil kesempatan untuk balik ke kampung semasa cuti sekolah

Iyalah, setelah bertahun tidak dapat pulang ke kampung akhirnya telah dibenarkan juga. Tidak dinafikan, budak kecil zaman sekarang memang banyak menghabiskan masa dengan tablet dan telefon pintar masing-masing. 

Namun, tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang nenek makeover ruang tamunya menjadi kolam mini untuk menarik perhatian cucunya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@_ciknanaa

Selepas mandi nenek nya, akan buang segala air dan bersih kan sampai kering. Ini kolam ngak 24hour air di dalam. Biasa nya 2 hour aja. #johor

This to this - Hisokaswildcard

Ubah suai ruang tamu jadi kolam mini untuk cucu kesayangan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan budak kecil berada di depan TV di rumah nenek mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila nenek dilihat mengambil inisiatif untuk makeover ruang tamunya kepada kolam mini. Malah, cucu-cucunya juga dilihat sangat gembira dapat berenang dan bermain dalam kolam mini tersebut.

Lihat video sambungan itu di penuh:

@_ciknanaa

Untuk cucu jer, so air pun gitu jela #batupahat #johor

bunyi asal - _CikNanaa - _CikNanaa
@_ciknanaa

Mil kita memang seorang kelakar, ada jer idea pelik dia. Tengok kat kepala tu, dia pakai konon nak takut kan cucu. Tapi maaf cucu tak takut. #johor

bunyi asal - _CikNanaa - _CikNanaa

"Kalau musim panas bukan cucu je dalam tu, semua orang duduk dalam tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 6.4M tontonan, 525K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dan teruja dengan rumah nenek berkenaan. Malah, ramai juga yang curious dan bertanya soalan tentang keadaan rumah nenek itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok betul jadi cucu nenek ini, asal balik kampung je mesti dapat mandi kolam! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: