seismik

"Auto Kejung" - Budak Perempuan Takut Lepas Kantoi Tak Pakai Mask, Tunduk Kaku Jadi Patung

Comelnya! Mesti dia ingat kena tangkap betul-betul.

Cover image via @rcshidahmohd (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, kanak-kanak mudah takut dengan orang dewasa kerana sifat naif mereka itu

Senakal mana pun kanak-kanak itu, jika dimarahi oleh orang tua selain ibu dan ayah pasti mereka akan terus takut dan berhenti membuat hal.

Sama seperti sebuah video yang tular ini memaparkan seorang kanak-kanak perempuan tertunduk kaku selepas ditegur kerana tidak memakai mask mencuri perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kantoi tak pakai mask, terus tunduk jadi patung lepas kena tegur dengan security guard

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama @rcshidahmohd, kelihatan anak buahnya itu ditahan dan ditegur oleh seorang pegawai keselamatan di sebuah lokasi kerana tidak memakai mask.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila kanak-kanak itu tertunduk kaku dan hanya mendiamkan diri sepanjang diperhatikan oleh pegawai itu seolah-olah tahu dia bersalah.

Lebih melucukan lagi, dia siap memegang palang besi di belakangnya sambil memandang ke arah lantai kononnya seperti berada di dalam penjara. Gelagatnya itu membuatkan pegawai keselamatan tersebut turut ketawa kecil.

"Member practice tu kena tahan jail, budak kecik selalu ada bakat jadi patung haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 233.7K views, 23.5K likes dan 537 shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lucu dan comel kanak-kanak tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel je perangai kau dik, lain kali jangan lupa pakai mask tau! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: