seismik

Pernah Terfikir Macam Mana Aurat Bagi Seorang Transgender? Baca Sini

Islam agama fitrah.

Cover image via Google

Baru-baru ini tular di laman media Twitter tentang isu aurat 'pondan' dan transgender ketika menunaikan solat di masjid atau surau

Isu tersebut bermula apabila seorang pengguna Twitter @badgaljanny telah mempersoalkan kehadiran seorang 'pondan' ke surau bahagian perempuan dan merasakan perkara itu tidak adil.

Tweet tersebut kemudiannya mendapat pendapat berbelah bagi di mana ada yang menyokong wanita terbabit dan ada juga yang membela nasib golongan 'pondan' dan transgender yang mana niat mereka adalah ingin beribadah dan juga atas dasar hak kemanusiaan.

Antara tweets yang menyokong wanita terbabit.

Sudah menjadi adat, dalam sesuatu isu itu apabila ada yang menyokong pasti ada juga yang membidas. 

Membicarakan isu ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menyeluarkan kenyataan tentang hukum-hakam berkaitan khunsa dalam laman web rasminya

Khunsa dari sudut istilah para fuqaha ialah seseorang yang mempunyai dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan juga kemaluan perempuan ataupun seseorang yang tidak memiliki kedua-duanya dan dia mempunyai lubang yang keluar daripadanya air kencing.

Merujuk kepada kitab-kitab para fuqaha, kita dapati bahawa mereka membahagikan khunsa kepada dua jenis:

Khunsa musykil: Seseorang yang tidak jelas tanda-tanda kelelakian atau keperempuanan pada dirinya. Tidak dapat diketahui sama ada dia merupakan seorang lelaki atau perempuan. Khunsa musykil juga memiliki dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan kemaluan perempuan dan tidak dapat dipastikan keadaannya dari kedua jenis tersebut iaitu sama ada dia lelaki ataupun perempuan.

Khunsa ghayru musykil: Seseorang yang jelas padanya tanda-tanda kelelakian atau keperempuanan. Dia dapat diketahui sama ada dia merupakan seorang lelaki ataupun perempuan. Individu seperti ini tidak dikategorikan sebagai khunsa musykil. Ini kerana dia merupakan seorang lelaki atau perempuan, tetapi dalam masa yang sama mempunyai anggota lebihan.

Cara-cara menentukan identiti khunsa musykil:

Pertama: Air kencing. Sekiranya dia kencing melalui saluran zakar lelaki sahaja, maka dia adalah lelaki. Manakala jika dia kencing melalu faraj, maka dia adalah perempuan. Namun jika dia kencing melalui kedua-duanya, maka diambil kira saluran manakah yang dahulu ia keluar.

Kedua dan Ketiga
: Keluar mani dan darah haid. Sekiranya keluar air mani dan darah haid pada waktunya, maka jika air mani tersebut keluar melalui zakar maka dia adalah lelaki. Sekiranya air mani keluar melalui faraj ataupun keluar darah haid, maka dia adalah perempuan. Dengan syarat ia keluar secara berulangkali bagi menguatkan lagi sangkaan akan perkara tersebut.

Keempat
: Kelahiran anak. Wiladah ataupun proses melahirkan anak membawa bukti yang pasti akan sifat keperempuanannya. Bahkan ia mendahului kesemua tanda-tanda lain yang bercanggah dengannya.

Kelima:
Tidak datang haid pada waktunya. Ini merupakan tanda kelelakian bagi khunsa tersebut. Ia juga boleh menjadi tanda penentuan ketika seorang khunsa tersebut sama dari sudut keluar air kencing. Maka keluar haid pada waktunya atau tidak menjadi pemberat ke arah jantinanya.

Keenam
: Kecenderungan Sekiranya seorang khunsa itu cenderung perasaannya kepada orang perempuan maka dia adalah lelaki. Begitu juga jika dia cenderung kepada lelaki maka dia adalah perempuan. Namun, tanda ini digunakan apabila sudah tidak mampu mencari tanda-tanda yang lain.

Ketujuh
: Munculnya keberanian, bersabar dalam melawan musuh, serta sifat-sifat kekuatan. Maka ini menunjukkan akan kelelakiannya.

Kelapan
: Tumbuhnya janggut, atau timbulnya buah dada, serta keluarnya susu badan. Manakala bagi golongan yang kedua (tidak memiliki zakar ataupun faraj), maka tanda-tandanya tidak dapat ditentukan melainkan dengan melihat kepada kecenderungannya.

Bagaimana pula dengan aurat seorang khunsa?

Berkenaan dengan aurat golongan khunsa musykil, para fuqaha seperti golongan Al-Hanafiyah dan Al-Syafi’eyyah berpendapat bahawa aurat mereka adalah sama seperti aurat orang perempuan.

Bahkan rambut seorang khunsa yang gugur dari kepala juga turut dianggap sebagai aurat kecuali muka dan kedua tapak tangan.

Seorang khunsa tidak boleh untuk mendedahkan anggota badannya ketika proses istinja dan juga ketika mandi. Ini kerana, sekiranya dia mendedahkan anggota badannya di sekitar orang lelaki, ada kemungkinan bahawa dirinya itu seorang perempuan.

Jika dia mendedahkan anggotanya di sisi orang perempuan, terdapat kemungkinan yang dirinya itu seorang lelaki. 

Khunsa dan transgender

Transgender bererti mengubah jantina asal kepada jantina yang berlawanan juga dinamakan sebagai transsexual. Menurut Kamus Dewan transeksual adalah: (transéksual) seseorang (lelaki atau perempuan) yang berperasaan dan berpenampilan sebagai anggota jantina yang satu lagi, dan kadang-kadang menukar organ jantina­nya melalui pembedahan.

Berdasarkan definisi dan ciri-ciri khunsa musykil yang telah kami nyatakan di atas, jelas kelihatan perbezaan di antara khunsa dan juga transeksual. Khunsa adalah asl al-khilqah (penciptaan asal Tuhan sejak dia dilahirkan) manakala transeksual pula adalah taghyir al-khilqah (mengubah ciptaan Tuhan).

Perbuatan mengubah ciptaan Tuhan ini jelas dilarang di dalam Islam. Larangan ini dapat dilihat berdasarkan beberapa nas daripada al-Quran dan juga hadis.

Image via SAYS

Oleh yang demikian perlulah dijelaskan bahawa perbuatan mengubah ciptaan Tuhan dengan cara menukar jantina adalah haram lagi berdosa besar. Ia tidak boleh sama sekali disamakan dengan khunsa musykil kerana golongan transeksual ini pada asal kejadiannya adalah seorang lelaki atau perempuan, tetapi mengubah jantinanya kepada yang berlawanan. 

Disebabkan itu, aurat seorang transgender adalah mengikut jantina asalnya. Sekiranya dia merupakan seorang lelaki dari azali, maka auratnya adalah dari pusat hingga ke lutut, manakala bagi seorang wanita, auratnya adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan walaupun dia telah melakukan pembedahan mengubah organ kelamin.  

Namun begitu, kita sebagai manusia juga perlulah melayan golongan 'pondan' dan transgender dengan sopan dan santun tanpa mengetepikan hak mereka untuk beribadah

Satu thread tentang isu ini yang dipetik dari Twitter @mohammadaidil untuk perkongsian bersama:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: