seismik

ASEAN Summit: Penjawat Awam, Pelajar Sekolah Sekitar Lokasi Boleh WFH & Kelas Online

Difahamkan, tiga persidangan besar akan diadakan di ibu negara pada 26 dan 27 Mei ini.

Cover image via Kosmo & malaymail

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penjawat awam dan pelajar sekolah di sekitar lokasi berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN dibenarkan bekerja dan belajar dari rumah

Menerusi laporan Berita Harian, penjawat awam yang berada berhampiran  lokasi berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN dan beberapa mesyuarat besar yang berkaitan pada akhir bulan ini dibenarkan bekerja dari rumah.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata sejumlah sekolah yang berada dalam laluan Sidang Kemuncak ASEAN turut dibenarkan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sektor swasta yang berpangkalan dan mempunyai ibu pejabat di kawasan di mana akan berlangsungnya sidang kemuncak adalah digalakkan untuk membenarkan pekerja-pekerja mereka bekerja dari rumah.

"Dalam masa terdekat, pihak polis akan mengumumkan laluan-laluan utama yang akan digunakan antaranya membabitkan kawasan KLIA, Lapangan Terbang Subang dan Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang.

"Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan senarai penuh sekolah dalam masa terdekat,"
katanya

Perkara ini dilaksanakan bagi memberi kelonggaran bagi yang terkesan dengan aliran trafik semasa Sidang Kemuncak ASEAN

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) akan digunakan sebagai langkah prihatin kerajaan terhadap pegawai awam.

"Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi pegawai awam akan terus dilaksanakan secara fleksibel tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa.

"Dasar ini, yang diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian SR.4.1.2, bertujuan mewujudkan keseimbangan antara keperluan agensi dalam memastikan kesinambungan tugas dan keperluan pegawai dari segi kesejahteraan serta keharmonian kerja-kehidupan (work life balance).

"Ketua Jabatan diberi kuasa untuk mempertimbangkan permohonan BDR bagi pegawai yang mungkin terkesan dengan kesesakan aliran trafik sempena pelaksanaan Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung pada bulan Mei tahun ini," tulis kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: